Saturday, December 6, 2014

Aku Anak Yatim Yg Bersyukur

Assalamualaikum  Dan  Salam  Aman1Msia , Sahabat2 Yang Di Hormati .

Saya bangga lihat ada bapa yg menyokong dan memahami kejayaan anak2 mereka dlm politik mahupun NGO2 sehingga mrk berjaya.

Saya suka lihat raut wajah bapa mrk bila mrk berjaya dalam arena politik mereka. Sungguh bernasib baik kerana masih mempunyai bapa.

Tetapi hati kecil saya sedih bila mengenangkan arwah bapa saya yg meninggal kita saya masih muda.

Dalam hati kecil saya , pasti beliau juga akan bangga ngan kejayaan yg saya diberikan dengan keizinan Allah SWT.

Sebagai seorang anak yatim saya senantiasa bersyukur atas segalanya, susah, pahit, rintangan, cabaran sehingga saya bertapak dlm dunia politik.

Saya naik dlm politik melalui peringakat bawahan bermula drpd ahli biasa yg hadir utk penuhkan majlis, jentera gerak gempur, jentera pasang bendera, jentera penerangan sehinggalah kini saya seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Tidak pernah terlintas dalam hati saya dahulu kita mula2 berjinak dlm politik utk berada di tempat saya kini.   

Bagi saya kejayaan saya kerana semangat cintakan perjuangan dan sokongan sahabat2 yg setia, yang banyak membantu, nasihat dan senantiasa bersama ketika susah-senang. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih semua.

Senantiasa  ikut resam padi, lebih berisi, lebih menundung kebumi.

Satu pesanan arwah bapa saya yg saya pegang dlm dunia politik hingga kini.

"BIAR ORANG  BUAT  KITA ,  JANGAN  KITA  BUAT  ORANG  " 

Ini pesanan yg insyallah akan saya semat dan pegang  dlm hidup saya.

Saya mohon2 sahabat2 sedekahkan Al Fatihah buat arwah bapaku Hj Abu Hanifah dan pada ahli keluarga kita yg telah pergi.

#KuBersyukur
#ResamBerjuang #SayaBukanAnakBangsawan #AkuAnakKampung

Post a Comment