Thursday, February 12, 2015

MCA Presiden "Pls Walk The Talk"


Salam sahabat2 yang dihormati,

Kebelakangan ini heboh isu KP MCA yg berteruskan menyerang keperibadian Ds Ismail Sabri tanpa  mengambil pendekatan untuk duduk serta berbincang secara matang dlm isu ini.

Malah YAB Ds Najib Tun Razak juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi beliau dalam isu ini. Tetapi dilihat KP MCA ini ibarat pekak telinga dan buta mata dlm isu yang diperkatakan.

Saya melihat sepatutnya Ds Liow Tiong Lai harus menasihati serta menghormati keputusan YAB Ds Najib dalam isu ini.

Tapi secara jelas kita lihat Presiden MCA gagal untuk menyelesaikan urusan parti beliau sendiri utk menasihati KP MCA menghormati semangat selaku rakan Komponen Barisan Nasional.

Persoalan saya disini jika selaku Presiden MCA gagal mengawal KP MCA dan parti beliau sendiri apatah lagi tanggungjawap sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia.

Saya mewakili Briged Kesatria Muda rasakan Kementerian Pengangkutan dibawah Ds Liow Tiong Lau selaku menteri bertanggungjawab harus turun padang dan bertemu Pengusaha Bas, Teksi Dan Pengangkutan Awam bagi menurunkan harga tambang demi kepentingan rakyat seluruh negara.

Saya rasakan itu salah satu tanggungjawab sebagai Menteri yg bertanggungjawab utk turun padang dan bersama pengusaha2 pengangkutan awam serta harus kerjasama dengan SPAD , Ianya lebih baik drpd berterusan bermain politik bersama Ketua Pemuda MCA yg hanya mengejar populariti murahan dengan mengeluarkan kenyataan2 tidak matang.

Soalan yang patut kita tanya KP MCA brapa penambahan pengundi Cina dibawah MCA yang telah Didaftarkan.

Soalan kepada  KP MCA apa pendekatan yang beliau sudah amik utk mendapat sokongan orang muda cina kepada BN.

Soalan kepada KP MCA apa beliau paham dan tahu apa perlembagaan BN sebagai sebuah organisasi , kalau tak tahu saya akan belikan buku perlembagaan BN utk dihadiahkan pada beliau.

Jadi Ds Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan "WALK THE TALK" dan turun padang utk membantu rakyat turunkan harga Pengangkutan Awam demi Rakyat

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
#Kami1Hati
#BerkataBenarWalauPunPahit
#DemiPerjuangan
#DemiNegaraKu

Post a Comment