Friday, April 3, 2015

Kerajaan Perlu Tegas Isu GST

Info@KesatriaMuda

Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia ( SAM1M )  rasakan pihak kerajaan harus tegas dalam isu GST yg dikenakan oleh pihak Telco dlm negara.

Perkhidmatan prabayar Telco boleh dikatakan lebih 90% merupakan golongan muda dalam negara. Pada saya sebagai syarikat Telco yg bertanggungjawab terutama dlm kepentingan sosial.

Kadar kad prabayar harus kekal pada kadar sedia kala bukannya dinaikkan walaupun cadangan memberi airtime lebih atau sebagainya. Sebagai penguna adalah mudah jika ianyanya kekal pada kadar lama jika rm10 maka kekalkan bukannya dinaikkan ke rm10.60 sepertimana yg dicadangkan oleh syarikat Telco. Kerajaan harus tegas dalam isu ini demi kepentingan golongan muda serta rakyat yg berpendapatan tengah kebawah.

Saya juga ingin mencadangkan pada pihak kerajaan kadar GST yg dikenakan oleh Bank harus bermula pada kadar rm10,000.00 Keatas tiap pengeluaran bukan dikenakan pada pengeluaran dibawah rm10,000.00 , kerana bagi saya rakyat dibawah majoriti mengeluarkan wang bagi kegunaan diantara rm50-rm300 sehari. Maka bagi saya tidak wajar GST dikenakan pada yg mengeluarkan wang dibawah rm10,000.00.

Satu lagi isu yg harus diamik penyelesaian masih ada lagi kedai2 dan hotel meneruskan service charge disamping GST. Kerajaan harus tegas dalam isu ini samada service charge itu kekal atau dimansuhkan agar rakyat mendapat penjelasan yg terang.

Kalau ikutkan banyak lagi yg perlu di tambah baikkan dlm perlaksanaan GST ini.

Saya harap pemantauan yg konsisten harus dijalankan oleh pihak yg bertanggungjawab agar golongan peniaga tidak mengambil kesempatan dlm isu GST ini. Pihak Menteri yg dipertanggungjawabkan harus tegas demi kepentingan rakyat seluruh negara.

Berkata benar walaupun pahit. Berani kerana benar utk kepentingan rakyat.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia

No comments: