Friday, June 12, 2015

Pemuda UMNO bersama Malim Gunung Kinabalu #DoaUtkSabah



Salam sahabat2 yang dihormati,

Berita bencana alam di Sabah telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. 


Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui program BrigedPrihatin yang dipertanggungjawabkan bila ada bencana dan sebagainya ingin mengucapkan takziah pada rakyat Sabah atas apa yg telah berlaku.


Hari ini saya ke Sabah melawat kawasan bencana bersama Sdr Khairul Azwan atau azwanbro naib ketua pemuda UMNO Malaysia, sdr Johari Bakar ketua pemuda UMNO negeri Trengganu, sdr Eddy Casmady naib pengerusi Briged Kesatria Muda dan sdr Ahmad Shamil pegawai war room pemuda UMNO Malaysia.


Tahniah pada Pemuda Sabah atas gerak kerja berterusan dlm bencana ini sejak hari pertama terutama pada Ketua Pemuda UMNO Ranau sdr Faez yg bertungkus lumus sejak hari pertama.


Kami melawat beberapa keluarga mangsa bencana yg meninggal dunia yg terdiri daripada Malim Gunung Kinabalu.



Sdr Khairul Azwan mewakili Pergerakan pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan MIC Malaysia memberikan sumbangan pada keluarga mangsa dan pada Persatuan Malim Gunung Kinabalu atas gerak kerja mereka menbantu mangsa bencana yg terperangkap di lokasi kejadian.



Sempat bertemu dengan seorang Malim Gunung bernama Riduan yg gambar beliau menjadi viral dimedia sosial kerana menyelamatkan mangsa yg terperangkat diatas gunung.


Alhamdulilah semua selesai dengan jaya seharian program di Ranau dan Kundasang melawat keluarga mangsa bencana serta bersama Malim Gunung Kinabalu. 


Terima kasih pada kepimpinan pemuda UMNO Sabah terutama Ketua Pemuda Ranau, Kota Belud dan Putatan atas layanan yg terbaek buat kami.



Semoga Allah SWT berkati dan permudahkan segalanya insyallah #Kita1Hati #Setiakawan #Pray4Sabah #DoaUtkSabah




























No comments: