Monday, August 24, 2015

Jangan kita sensasikan BERSHIT



Salam perjuangan sehati sejiwa sahabat2 yg saya hormati,

Tertarik hati saya nak berikan pandangan mengenai Bersih 4.0 yg banyak disebar dimedia2 sosial mahupun media perdana.

Jika kita nilaikan, bila kita kritik, menyebarkan poster2 serta gerakan mereka dalam media2 sebenarnya tanpa kita sedari, kita sebenarnya menberikan publisiti percuma kepada "BERSIH".

Cuba kita lihat dlm group2 media seperti Telegram, Watsapps , FB , Instagram , Blog , Twitter dan pelbagai lagi medium saluran maklumat boleh dikatakan rata2 yg sebarkan adalah yg menyokong kerajaan kerana kegusaran terhadap penganjuran BERSHIT ini.

Bagi saya, lebih baik kita tidak endahkan serta tidak menyebarkan apa jua berita mahupun poster mengenai BERSHIT.

Gerakan mereka sebenarnya mereka memerlukan publisiti baik yg menyokong atau menentang mereka utk menjadikan skop cerita mereka.

Bagi saya kita biarkan pihak berkuasa mengambil tindakan drpd sudut undang2 berlandaskan akta2 yang ada dlm perundangan. 

Cuba kita nilaikan Bersih 1 dan 2 bila ramai yg buat seperti mana kini, dimana mereka mendapat publisiti baik drpd penyokong mahupun yg menentang akhir mereka mendapat strory line menarik dan masyarakat luar menganggap berlaku kekejaman pihak berkuasa pada rakyat. 

Sehingga berminggu2 mereka mempunya jalan cerita walaupun selepas hari yg dilakukan.

Tetapi pendekatan yg diamik oleh pihak berkuasa semasa BERSIH 3 boleh dikatakan berjaya kerana gagalkan bila tidak diberikan publisiti oleh mana2 pihak akhirnya tiada cerita sensasi selepas itu dan isu nya mati tidak sampai 48jam.

Jadi saya merasakan lebih baik kita mengambil pendekatan tidak sebarkan serta sensasikan gerakan mereka ini kerana itu yang mereka mahukan.

Pihak berkuasa berikan cadangan utk gunakan stadium bagi perhimpunan ini tetapi mereka lebih sukakan cerita sensasi. Jadi jom kita satu hati utk tidak berikan publisiti murah pada mereka.

BERSIH hanya tau mengunakan rakyat untuk kepentingan peribadi serta cita2 peribadi mereka. Inilah golongan pencipta kebencian dan perosak perpaduan negara.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
25hb Ogos 2015


No comments: