Tuesday, August 25, 2015

Pemuda UMNO ke 66 Tahun Dlm Arus Perjuangan


Salam seperjuangan dan sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,


Hari ini 26hb Ogos 2015 genap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke 66 tahun dalam arena perjuangan politik tanah air.


Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO iaitu pada 1949. Pada tahun 1946 ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.


Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang.


Pemuda menjadi pelapor kepada banyak kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.


Apabila Hussein Onn dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Dato Abdul Razak bin Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar tempat dengan Sardon Jubir


Perjuangan UMNO pada masa itu ialah membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan.


Pemuda UMNO terus dipimpin oleh oleh pemimpin-pemimpin yg terus melakar sejarah perjuangan dalam negara. 

Senu Abdul Rahman, Harun Idris, Syed Jaafar Albar, Suhaimi Kamaruddin, Anwar Ibrahim, Mohd Najib Tun Abdul Razak, Abdul Rahim Tamby Chik, Ahmad Zahid Hamidi dan selepasnya Hishammuddin Tun Hussein Onn.


Sehinggalah pada tahun 2009 apabila YB Khairy Jamaluddin mengambil alih jawatan kepimpinan Ketua Pergerakan Pemuda daripada YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Keberadaan YB KJ dalam saf kepimpinan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO semenjak 2001 dan terus mematangkan perjuangan Pemuda sehingga kini. Dalam menempuh pelbagai rintangan dan cabaran, beliau terus perkukuhkan tekad dalam memastikan perjuangan Pemuda UMNO tetap diteruskan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air kita.


Selamat Menyambut Ulangtahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Kali ke-66.
Post a Comment