Monday, August 31, 2015

Perjuangan Tanpa Noktah


Salam perjuangan sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Alhamdulilah kita sekali lagi lalui hari kemerdekaan kita ke 58 ,tapi apa hala tuju kita selepas ini?

Kemerdekaan negara kita tahun ini tercalar dengan himpunan BERSHIT yang dilihat lebih kepada gerakan politik , mainan cicak mengkarung utk cuba mendapat perhatian simpati drpd rakyat Malaysia juga masyarakat luar negara.

Jika kita perhatikan permainan mereka sejak Bershit 1 hingga Bershit 4 , mereka adalah salah satu mekanisma pembangkang untuk raih undi simpati rakyat negara.

Mereka akan buat provokasi bila pihak berkuasa amik tindakan, mereka akan buat "Media Spining" kekejaman pihak berkuasa. Ini yang akan mereka jual dipentas2 ceramah mereka tentang kekejaman kerajaan utk raih simpati rakyat.

Saya nak ucapkan jutaan tahniah pada pihak polis dan pihak berkuasa yg terlibat  bagi Bershit 4 , Pihak berkuasa mengunakan pendekatan berbeza dlm mengawal keselamatan negara kali ini. 

Provokasi2 yang melampau, sepanduk2 yang melampau , laungan2 yang melampau dan sebagainya tidak dilayan tetapi lebih kearah menjaga keamanan negara.

Strategi hari pertama Bershit gagal kerana tiada mendapat publisiti seperti yang mereka mahukan utk dijual ke masyarakat dunia, maka mereka mengubah strategi pada hari kedua dengan mengambarkan mereka mempunyai semangat kesasamaan.

Strategi dengan meletakkan gambar2 kearah sudut yang berbeza utk menunjukan mereka tiada buat provokasi melampau seperti mana hari pertama.

Cicak2 mengkarung ini sekali lagi gagal dalam mendapat simpati rakyat seperti mana mereka buat dlm himpunan BERSHIT sebelum ini. 

Tapi apa yg mereka dapat adalah berjaya memalukan negara kita dipentas dunia, BERSHIT lah yang harus dipertanggungjawabkan dlm permerhatian saya sabagai PENSABOTAJ EKONOMI Negara.

Membuat pelabur2 luar takut utk membuat perlaburan dalam negara, malah membuat pelabur2 dalam negara keluar drpd negara kerana seolah menunjukkan landskap politik negara tidak stabil.

Persoalan saya disini jika BERSHIT mengatakan pilihanraya tidak bersih dan sebagainya macamana pulak mereka menang di Selangor, Penang Dan Kedah adakah bila mereka menang baru bersih kalau mereka kalah dinamakan kotor? 

Pada cicak2 mengkarung Pakatan anda sebenarnya yang sebenar hilang pertimbangan dan tidak rasional kerana terlalu banyak diajar politik KEBENCIAN ciptaan dan mainan pemimpin anda.

Kemerdekaan dan kejayaan yg kita kecapi hari ini bukanlah dtg bergolek atau dibeli, sebaliknya penuh dgn ranjau liku hasil dari titik peluh perjuangan pejuang-pejuang terdahulu. 

Ianya menjadi amanah dan tanggungjawab kita sebagai anak2 muda pewaris perjuangan utk terus memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu ikrar peribadi perjalanan "Perjuangan Tanpa Noktah"

Sudah sampainya masa kepimpinan negara memberikan peluang dan ruang serta kepercayaan pada anak2 muda utk mengalas amanah perjuangan ini utk negara tercinta tanah tumpah darah kita.

Kami sayangkan kepimpinan dan mohon kepimpinan berikan amanah pada saya dan rakan2 anak muda utk kami galaskan.

Hormati yang lama, sayangi yang baru demi negara tercinta.

Ikhlas 

Armand Azha Haji Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#SehatiSejiwa
#Kita1Hati
01hb September 2015
6.15pagi


Post a Comment