Tuesday, September 1, 2015

Laporan Polis Penghinaan Terhadap Ds Najib Dan Ds Hj Hadi



Saya Arman Azha Bin Abu Hanifah membuat laporan polis setelah melihat gambar2 yang disebarkan dimedia-media sosial ketika dipejabat Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato Onn PWTC , mohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas pada penganjur Bersih 4.0  kerana gagal mengawal sikap peserta yang hadir pada perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa.


Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mohon tindakan tegas pada 12 Orang penganjur kerana gagal mengawal peserta2 bersih telah memijak gambar YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO dan YB Datuk Tuan Guru Hj Hadi Awang Presiden PAS yang boleh mendatangkan kemarahan rakyat serta penyokong kedua-dua parti politik baik UMNO dan PAS seterusnya boleh merosakkan perpaduan dalam negara yang akan mendatangkan kegusaran dan boleh menyebabkan ketegangan kaum pada rakyat seluruh negara.


Saya mohon pihak Polis menyiasat 12individu untuk Himpunan BERSIH 4.

1)   Datuk Ambiga Sreenevasan

2)   YB Nurul Izzah

3)   Mohammad Sabu

4)   YAB Dato Azmin Ali

5)   Maria Chin Abdullah 

6)   Sarajun Hoda 

7)   Masjaliza Hamzah 

8)   Farhana Halim 

9)   Fadiah Nadwa 

10) Mandeep Singh 

11) Adam Adli

12) YB Datin Dr Wan Azizah

13) YB Lim Guan Eng

14) YB Lim Kit Siang

15) Hishamuddin Rais

Saya mohon mereka disiasat di bawah

1) Section 124C
2) Section 141 baca bersama 120 Penal Code


Pihak polis harus ambik kira ini bukan kesalahan pertama mereka tetapi kesalahan yang berulang kali yang menyalah gunakan hak kebebasan untuk menanam kebencian terhadap pihak berkuasa. Tujuan saya buat laporan ini adalah kerana kerisauan terhadap situasi yang boleh mendatangkan kemarahan rakyat.


Sekian laporan saya

Armand Azha Hj Abu Hanifah

No comments: