Friday, September 25, 2015

Pemuda MCA Pasir Gudang, Sila Letak JAWATAN!!!


Salam sahabat2 yg dihormati,

Saya secara tegas nak nyatakan pada Chia Chow Hui Pemuda MCA Pasir Gudang MCA yang buat kenyataan terbuka pada portal Malaysiakini untuk putuskan hubungan dengan Pengerusi BN kerana YAB Ds Najib nyatakan sokongan terhadap Himpunan Rakyat Bersatu boleh terus letakkan jawatan beliau dalam pemuda BN.


Pada budak kecik bernama Cia Chow Hui nyatakan himpuan tersebut rosakkan keharmonian kaum dalam negara, saya nak tanya balik pada beliau bagaimana pulak himpuan BERSIH sejak mula hingga kini. 


Beliau buta matakah apa yg membuat kebangkitan rakyat bagi himpunan 16 Sept tersebut jika bukan kerana BERSIH menghina, mencerca, fitnah dan aibkan pemimpin islam negara.

Kenapa beliau tidak berani keluarkan kenyataan terbuka menentang BERSIH. Kalau sudah nyatakan tidak mahu ada hubungan terhadap pengerusi BN, saya secara tegas desak beliau terus letak jawatan dalam pemuda BN.

Saya nak tahu jugak apa yang Pemuda MCA sudah laksana untuk menambah sokongan cina pada BN selain hanya kadi hero diportal sosial media. Bagi saya secara terang rasakan ini hasil didikan Ketua Pemuda MCA yang giler publisiti , yang hanya tahu mencari kesalahan orang  tanpa melihat kelemahan pemuda MCA dibawah beliau , Ketua Pemuda MCA ibarat tong 
Kosong.

Saya bersiri teguh bersama kepimpinan Barisan Nasional.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Post a Comment