Wednesday, December 16, 2015

Malaysia Cybergames 2015 bermula daripada impian jadi kenyataan.


   

Salam sahabat2 yang dihormati,

Syukur kehadrat Allah SWT Malaysia Cybergames 2015 berakhir dengan kejayaan pada 13hb Disember lalu yang dihadiri oleh YAB Ds Najib Perdana Menteri Malaysia.




Bermula daripada idea, menjadi cadangan, kepada kepercayaan , terus kepada keyakinan, akhirnya menjadi kenyataaan. 



Idea tercetus pada tahun 2013 dirumah saya, ketika perbincangan Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia saya nyatakan impian saya nak buat program Malaysia Cybergames (MCG)







Bukan mudah nak jadikan ianya sebuah realiti. Tidak ramai tahu, perancangan untuk MCG lebih drpd 2tahun. 






Pelbagai kutukkan, kritikan, cabaran, dugaan, tikaman, halangan, ramai yang nak lihat kegagalan daripada kejayaan tetapi kerana istiqamah dan semangat setiakawan akhirnya "IMPIAN JADI KENYATAAN" itulah pengalaman saya utk laksanakan Malaysia Cybergames 2015.








Terima kasih pada yg mempercayai impian saya terutama YB KJ , Ds Salleh Said Keruak serta seorang insan dibelakang takbir yang menjadi tulang belakang MCG sehingga berjaya lain, insan itu bernama Sdr Ammir Haron dan sahabat saya yg memberikan komitment sejak awal sdr Hafiz Rozlan.












Bagi kejayaan MCG ini banyak yang membantu terutama keluarga besar Suara Anak Muda 1Malaysia, Briged Kesatria Muda, Tune Advertising, Kenchi, Firdaus, Tiffany dan korang semua tau siapa anda. 





Tanpa anda semua "Impian tidak akan jadi kenyataan" dan ianya tidak akan berjaya, ini kejayaan kita semua sebagai sebuah keluarga besar. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada anda semua #Kita1Hati 

Armand Azha Hj Abu Hanifah
IMPIAN JADI KENYATAAN

No comments: