Sunday, December 20, 2015

Siapa Soo Wincci nak pertikai Ds Najib


Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa,

Tertarik hati saya nak komen mengenai isu satu artis bernama Soo Wincci pemenang miss world Malaysia 2008 yang mendesak Dato' Seri Najib letak jawatan dalam salah satu portal berita pagi ini.

Sebagai salah seorang artis yg berpendidikan undang2 seharusnya beliau tahu negara ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Setiap 5tahun akan diadakan pilihanraya bagi menentukan kerajaan dan kepimpinan. 

Sebagai seorang yang sepatutnya memahami sistem undang2 "Innocent Till Proven Guilty" tetapi beliau lebih suka menghukum dengan mengikuti emosi dan persepsi yang dimainkan oleh pihak2 yang berkepentingan.

Jangan salahkan Dato' Seri Najib bila album pertama gagal mendapat sambutan, jangan terus salahkan Dato' Seri Najib bila penaja menarik diri drpd menaja konsert beliau.

Tindakan beliau mengeluarkan video menuntut Dato' Seri Najib letak jawatan ketika Bersih 4 yang menbuat penaja tidak mahu menaja kerana penaja tidak mahu terlibat dengan pengerak himpunan2 haram yang merosakan imej negara dimata dunia, seharusnya beliau harus tahu implikasi sebelum beliau mengikut gerakan Bersih 4. Majoriti rakyat negara Malaysia tahu siapa dibelakang Bersih 4 dan majoriti rakyat menolak individu yang terlibat dalam gerakan haram ini.

Jadi pada Soo Wincci saya nasihat supaya fokus pada karier anda sebagai artis dan gunakan saluran yang betul pada pilihanraya akan datang. Jangan biarkan diri anda menjadi alat politik golongan2 kecewa kerana mereka ada agenda peribadi. Duduk kaji dan nilai segala perubahan serta bantuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dibawah kepimpinan YAB Ds Najib, tak susah semua maklumat dan fakta ada, tekan sahaja GOOGLE.

Tanamkan sifat Patriotik yg berfakta bukan auta.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#Kita1Hati

No comments: