Wednesday, July 18, 2012

SELAMATKAN PADANG KAMI ? SIAPA AFFANDI?



Terbaek , Perlawanan Bola Sepak Persahabatan diantara Pasukan Pemuda UMNO vs Artis (MASC) 18/7 Rabu jam 8.00pm diPadang PKNS,SS 7,Kelana Jaya.

Kehadiran YB Khairy Dan YB Razali Memeriahkan Lagi Perlawanan Persahabatan Gabungan Team Sdr Affandi Ketua Pemuda Kelana Jaya , Sdr Ridzuan Ketua Pemuda PJS Dan Rakan2 Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Tahniah Pada Sdr Affandi Selaku Penganjur. laungan Selamatkan Padang Kami Oleh Para Penonton Dan Rakyat Sekitar Kawasan.

Saya Bersama2 Rakan2 Pemuda Petaling Jaya Utara Utk Turun Berikan Sokongan
Kepada Gerakan Selamatkan Padang Kami


YB KJ Dan YB Razali Bersama2 Team Pemuda UMNO Di Perlawanan Persahabatan Di Padang PKNS Kelana Jaya




Sdr Lokman Noor Adam Selaku Salah Seorang Yang Menjayakan Perlawanan Bolasepak Persahabatan Ini, Memberikan Laungan Selamatkan Padang Kami Sebelum Perlawanan.

YB KJ Menyatakan Pergerakan Pemuda UMNO Akan Bersama2 Rakyat Selangor Khususnya Warga Petaling Jaya Utk Bersama2 Pertahankan Padang PKNS Yang Bersejarah Ni Daripada Hilang Selama-lamanya



Saya Bersama2 Tun Faizal Exco Pemuda UMNO Malaysia Membaca Komen2 Di Twitter Mengenai
Jangan Amik Padang Kami

YB Razali Menyarungkan Jersi Untuk Bermain Dgn Pasukan Artis Malaysia


YB KJ Bersama2 Rakan2 Artis Yang Teguh Menyokong Utk Selamatkan Padang PKNS


Team Sdr Affandi Dan Team Artis Malaysia Sebelum Perlawanan, Tahniah Guys..Terbaeeekk


Sahabat2 Saya Sdr Amm, Sdr Eddy, Sdr Jeff Drpd Perak Dan Sdr Fauwas

Pergerakan Pemuda Petaling Jaya Utara
" Selamatkan Padang Kami"



Artis Mana lak Yang Ajak Saya Menyanyi Ni..Adeiiiii Hehehehe..Apa2 Pun Terbaik Sdri Mimi Atas Persembahan Anda Terima Kasih Kerana Memberikan Sokongan
JOM SELAMATKAN PADANG KAMI


Bersama2 Presiden Seniman Malaysia Sahabat saya Sdr Zed Zaidi Yang Turut Hadir.

Terima Kasih Pada Semua.

Sunday, July 15, 2012

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara




Alhamdulilah Selesai Satu Amanah Dan Tanggungjawab UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Telah Berjaya Melaksanakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara 2012. Jam 9pagi , 15hb Julai Di The Royale Bintang Damansara Yang Telah Di Rasmikan Oleh YB Dato Seri Hj Ahmad Husni Bin Hj Mohamad Hanadzlah Menteri Kewangan 2 Merangkap Bendahari UMNO Malaysia.

Persidangan Yang Berjalan Dengan Lancar Bemula Daripada Perasmian Sehingga Penamat Mesyuarat, Walaupun Ada Pertandingan G7 Untuk Mewakili Bahagian Ke Mesyuarat Agung UMNO Di PWTC Tidak Lama Lagi..Tak Der baling2 Kerusi Atau Gaduh2 Cam Rejim Pakatan..











UMNO Petaling Jaya Utara Matang Dalam Proses Demokrasi, Ucapan Jutaan Terima Kasih Pada Wakil Negeri Selangor UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Yang Rombangan Di Ketuai OlehPemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, iaitu Raja Dato' Hanipuddin Bin Raja Dato' Nong Chik Selaku Wakil Perhubungan UMNO Negeri Selangor Yang Saya Anggap Seperti Kekanda saya Di Petaling Jaya








Friday, July 13, 2012

DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA, KONTRAKTOR MELAYU




Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.


Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.


Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.



Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang.


Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini.


Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.


Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.


Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang.


Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan sesuatu yang baru dari Guan Eng.


Namun sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga; sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman, terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya.


Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada 1967.


Oleh kerana itu walaupun DAP berusaha keras untuk menyembunyikan dasar perkaumannya dengan cuba menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu namun usaha ini gagal, malah dilihat pula sebagai parti yang bersikap hipokrit dan bermuka-muka berbaik-baik dengan bangsa anak watan yang dibencinya.


Semasa debat, Guan Eng telah tersasul dalam dua isu apabila cuba mematah hujah Presiden MCA, dan kesilapan ini yang dilakukan di hadapan hadirin yang terdiri kebanyakannya daripada pemimpin dan masyarakat Cina telah meranapkan sikap berpura-pura DAP menghormati hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.


Pertama, ketika berhujah mengenai isu penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman oleh MCA, Guan Eng telah mempertikaikan sistem kuota kemasukan universiti awam.


Ini merupakan salah satu hak istimewa orang Melayu yang diwujudkan bagi menjamin anak-anak Melayu mendapat peluang mendapat pendidikan di menara gading.


Tanpa peruntukan ini, sudah tentu pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi persaingan yang sengit daripada kaum Cina dan India, dan besar kemungkinan peratusan pelajar Melayu di universiti akan menjadi amat kecil jika kerajaan mengamalkan dasar kemasukan terbuka.


Atas kesedaran ini kerajaan Perikatan dan kemudiannya BN terus menerus melindungi kepentingan orang Melayu dalam bidang pendidikan melalui dasar ini.


Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan mengorbankan kepentingan orang Melayu.


Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Guan Eng semasa sesi debat apabila beliau mendakwa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum; hanya ia tidak berani menyebut bahawa dalam perjuangan 'sama rata' parti itu banyak dasar serta program pro-Melayu akan dihapuskan!


Guan Eng juga dengan berani menyentuhkan isu kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra.


Beliau mendakwa Umno mengamalkan dasar yang hanya mengutamakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor Melayu.


Oleh itu katanya, Guan Eng berjanji untuk menghapuskan semua syarikat kontraktor Melayu yang 'jahat' jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.


Jika kontraktor Melayu yang mendapatkan kontrak dikatakan sebagai 'jahat' hanya kerana mereka berjaya dalam perniagaan di bawah kerajaan BN, bagaimana pula kontrak-kontrak kelas F yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang?


Walaupun Guan Eng berkata DAP bersikap telus memberi kontrak kepada syarikat Bumiputra yang benar-benar layak, pembohongan beliau terdedah apabila lebih 90 peratus daripada syarikat Melayu yang berjaya adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PKR, PAS dan DAP.


Malah DAP telah mempastikan tidak ada satu syarikat kontraktor Melayu di Pulau Pinang layak menerima sebarang kontrak di negeri itu jika didapati mempunyai kaitan dengan Umno atau BN.


Jadi DAP hanya akan membantu segelintir kecil orang Melayu yang sanggup menjadi balacinya dan pada masa yang sama akan menyisihkan majoriti peniaga Melayu, walaupun di kalangan mereka ramai yang berkelayakan dan berpotensi.


Debat MCA-DAP yang diadakan seharusnya membuka mata orang Melayu agar tidak dibuai mimpi oleh janji-janji palsu DAP dan Pakatan Rakyat.


Sikap berdiam dan bisu PKR dan PAS terhadap kenyataan rasis pemimpin DAP itu hanya mengguatkan lagi keyakinan bahawa DAP akan menghapuskan segala apa yang kecapi oleh orang Melayu di bawah kerajaan BN jika ia dibenarkan berkuasa.




Pisau kata " Guan Eng marahkan Umno sebab tak tunduk kepada DAP seperti PAS"


TERIMA KASIH SAHABAT SAYA PISAU ATAS ARTIKEL INI..JGN LUPA BELANJA AKU NASI KANDAR BILA SAYA MAI PENANG OK, PI KEDAI HARI TU..TERBAEKKK


Khalid 'Koyak' Latheefa ?



SHAH ALAM: Speculation is rife that Petaling Jaya (MBPJ) local councillor Latheefa Koya is on the chopping block.

According to a source, the proposal to sack the PKR legal bureau head came about following her strong criticism of the Selangor state government.

The source said that the proposal to expel her was tabled by Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim.

A state exco, who declined to be named, told FMT that the matter was raised during the exco meeting but no decision had been made.

“The process is ongoing. There has been no final word yet. We are voting on the issue,” he said.

Meanwhile, Latheefa told FMT that she had yet to be informed of any decision to terminate her from the position.

“I am still very much the MBPJ councillor and also the whip for PKR councillors. (I) did not receive any such letter,” she said in a text message.

Free Malaysia Today


According to PAS and DAP, if Pakatan Rakyat wins the next general election then Anwar Ibrahim is going to become the Prime Minister, even if PKR wins the least number of seats. This is supposed to be an automatic thing. The question is: is it going to be Anwar because he happens to be the de facto leader of PKR or is it personal to holder? In other words, if Anwar is no longer the de facto leader of PKR would the offer end there or would it be inherited by his successor?

Those in PAS and DAP say that the offer is only to Anwar and not to any successor to Anwar, especially if this successor happens to be Azmin Ali. But Azmin is going to try to prove them wrong. The current sentiment is: we support Anwar not because he is the best but because we have no other choice -- there is no clear and suitable successor to Anwar.

But what if there is a successor? Would Anwar then become dispensable in favour of the successor? If Anwar no longer exists then Pakatan Rakyat would have very little choice, just like how they have very little choice now and have to nominate Anwar as their choice of Prime Minister whether they like him or not. Hence Azmin is not worried whether PAS and DAP like him or not. In a situation where there is no alternative they will back him for Prime Minister even if they don’t like him. Isn’t this also the case in Umno and Barisan Nasional?

What happens if PKR ends up with the most number of seats and all those PKR candidates who won are Azmin’s boys and girls? Would Anwar still be nominated as the Prime Minister or could Azmin mount a challenge and do a coup on Anwar? If Azmin’s boys and girls sweep into victory Azmin would be a poor politician if he does not exploit the situation for his own benefit. Why offer his army to Anwar when he can use this army to oust Anwar?

Extract from Malaysia Today here

Wednesday, July 11, 2012

Bina Selangor 54 Tahun Musnah Dalam Empat Tahun Di Bawah Pembangkang






Bina Selangor 54 Tahun Musnah Dalam Empat Tahun Di Bawah Pembangkang
Added by faizalsalleh on July 11, 2012.
Saved under Nasional, Terkini





Shah Alam, 11 Julai- Pelbagai isu yang yang dihadapi oleh kerajaan pakatan pembangkang Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan rakyat Selangor menjadi rimas dan semakin hilang kepercayaan.

Selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya, malah terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehingga menjuruskan negeri ini ke arah kemunduran.

Malah tidak mustahil negeri yang disayangi ini akan hancur sekiranya tidak diselamatkan.



Setiausaha Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainuddin berkata, inilah ‘kehebatan’ yang dimiliki oleh pemimpin pakatan pembangkang ini yang hanya mampu merosakkan Selangor dalam tempoh empat tahun selepas dibina dan dimajukan oleh Barisan Nasional (BN) selama lebih 54 tahun.

Tegas beliau semakin hari semakin terdedah tembelang kerajaan pakatan pembangkang ini sehingga menyebabkan rakyat di negeri ini semakin sesak nafas dan sukar bertahan lagi.

“Rakyat perlu bertindak menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan sebagai bukti penolakan terhadap kepimpinan Abdul Khalid yang tidak lebih sebagai ‘saudagar janji’ sahaja dan lebih mengutamakan kroni.



“Pada hari ini, kami, rakyat Selangor yang prihatin ingin menyampaikan bantahan dan rasa kesal kami terhadap tindakan kerajaan negeri yang mempolitikkan Universiti Selangor di Berjuntai Bestari, memejamkan mata terhadap penyelewengan Yayasan Selangor dan isu pembangunan projek komersial di padang kompleks sukan PKNS, Kelana Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum GPRS kepada Menteri Besar Selangor, yang diterima oleh Setiausaha Sulit MB, Norzatun Aini Kasim tengah hari tadi.



Sehubungan itu tegas beliau lagi GPRS mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membersihkan Unisel dengan memecat individu politik dalam lembaga Pengarah Unisel bagi memastikan tiada campurtangan politik di universiti itu.

“GPRS juga mendesak Unisel melantik individu yang benar-benar layak sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor bagi memastikan universiti tersebut terus berdaya saing dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.

“Selain itu kita mendesak agar laporan kewangan Unisel didedahkan kerana difahamkan kewangan universiti itu sedang nazak dan mengalami kerugian serta menyatakan asset mana yang hendak dicairkan bagi menampung kos operasi Unisel.

“Khalid Ibrahim juga harus menyatakan unjuran kemasukan dan jumlah pelajar dari tahun 2008 hingga 2012 kerana difahamkan jumlah pelajar semakin merosot,” tambahnya.



Dalam masa yang sama, jelas beliau Khalid dan kerajaan negeri juga harus bertanggungjawab terhadap kerugian Yayasan Selangor dengan mengambil tindakan dengan memecat Ilham Marzuki yang mengaku melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan.

“GPRS juga menuntut agar kerajaan negeri mengembalikan Padang PKNS kepada rakyat dengan membatalkan RPTJ2 kerana pindaan yang dilakukan tidak mengikut peraturan ditetapkan. Kekalkan Padang PKNS sebagai pusat rekreasi, bukan pusat pembangunan komersial.

“Pengurus Besar PKNS, Othman Omar perlu tampil menjelaskan kepada rakyat mengapa PKNS lebih mengutamakan komersial daripada kepeluan rakyat. Abdul Khalid mesti mengaku dengan jujur bahawa beliau bukan individu yang mengarahkan agar padang itu ditukar status,” tambahnya.



Tegas beliau lagi mempolitikkan Unisel merupakan dosa paling besar Abdul Khalid sehingga menyebabkan universiti yang ditubuhkan pada 1999 untuk melahirkan modal insan di kalangan generasi muda di negeri ini bakal menjadi gajah putih.

“Pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok dari PKR, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat dari Pas, Che Rosli Che Mat adalah bukti penguasaan orang politik dalam Lembaga Pengarah Unisel.

“Selain itu, salah seorang Timbalan Naib Canselor juga merupakan aktiviti politik yang aktif dan pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Pas Selangor. Tekanan politik juga menyebabkan bekas Naib Canselor, Datuk Dr Rosti Saruwono dan dua ahli Lembaga Pengarah, Datuk Adnan Alias dan Datuk Dr Mohammed Ariffin Aton meletak jawatan”, ujarnya.



Tambah beliau penglibatan ahli politik dalam pengurusan Unisel tidak akan membawa apa-apa manfaat terhadap usaha membangunkan universiti itu sebagai pusat pengajian tinggi utama di Selangor sebaliknya, akan mencetuskan pertikaian dari aspek profesionalisme terutama dalam menentukan keputusan yang sudah tentu ada campur tangan politik kepartian.

Tiba masa BN ketengahkan calon muda : www.antarapos.com



Tiba masa BN ketengahkan calon muda
pada 08-07-2012 12:07 Ditulis Oleh Aidil Syukri Hamzah


[EKSKLUSIF Bhgn. 2] Umno-Barisan Nasional (BN) tidak pernah ketandusan calon generasi muda profesional yang boleh diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Golongan ini dilihat mampu memenuhi citarasa pengundi yang majoritinya dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun untuk membantu kerajaan mengekalkan mandat seraya membentuk negara yang lebih berdaya saing berteraskan transformasi yang dilakukan oleh BN.

Temubual khas AntaraPos bahagian ke-2 bersama Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha Abu Hanifah menyingkap pandangan generasi muda yang tanpa kenal lelah membantu jentera BN dan komponen meraih sokongan rakyat Malaysia terhadap parti itu.

Armand berpendapat BN mempunyai ramai calon wakil rakyat dari kelompok muda untuk diberi peluang membuktikan bahawa golongan itu mampu memberi kesan terhadap pengundi memandangkan 4.5 juta daripada 12 juta individu layak mengundi terdiri daripada generasi muda.



Malah menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihana Raya (SPR) hampir 50 peratus pengundi baru berdaftar terdiri daripada pengundi muda yang telah sedar akan kepentingan untuk memilih kerajaan yang mampu mengalas tugas menerajui negara.

Namun yang menjadi persoalan samada pengundi muda akan menjadi penentu kemenangan mana-mana parti politik pada PRU13 nanti memandangkan julat nisbah pengundi 'atas pagar' lebih tinggi untuk kelompok ini.



Untuk menyokong kenyataan itu, kajian yang dilakukan oleh pemerhati politik Prof Datuk Dr Zainal Kling menyifatkan media baru dan faktor "anak tempatan" turut memainkan peranan penting.

Justeru Armand yakin suara hati golongan muda telah berjaya menambat hati Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sekaligus akan menyenaraikan lebih ramai calon wakil rakyat muda.

"Dan saya yakin di bawah pimpinan Najib, dalam PRU-13 nanti beliau akan meletakkan calon-calon yang berintegriti dan calon muda,” kata beliau.

Ini sekaligus menyangkal pandangan sesetengah pihak yang skeptikal terhadap kebolehan BN untuk mencalonkan golongan muda profesional agar rakyat dipimpin oleh golongan ini yang lebih proaktif.

Kata Armand, jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang mengekalkan tiga pemimpin utama (Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang) gabungan itu sejak penubuhannya, BN sebaliknya melangkau perubahan pemimpin-pemimpin yang terbukti berjaya menerajui negara.

“Berbanding dengan pakatan yang melaungkan mereka memiliki ahli Parlimen muda, Ahli Dewan Undangan Negeri muda, tetapi di peringkat atasan mereka tidak buat pembaharuan. Masih mempunyai golongan ‘dinosaur’ dalam politik.

“Tiada generasi pelapiskah dalam Pakatan Rakyat sedangkan kita lihat dalam Umno sendiri telah bertukar dari Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib, ini menunjukkan transformasi politik dalam BN," tambahnya lagi.

Ketika diminta mengulas apakah kemungkinan beliau akan dicalonkan, Armand menegaskan tujuannya berkecimpung dalam arena politik bukan untuk mengejar jawatan dan menegaskan tidak pernah sesekali terfikir untuk menjadi calon.

Katanya lagi, beliau lebih selesa untuk berjuang di peringkat akar umbi daripada memikirkan soal menjadi calon.

“Saya bergerak dalam politik bukan nak jadi calon. Bagi saya biarlah mereka yang rasa mereka layak jadi calon yang dicalonkan. Saya lebih suka berjuang di peringkat akar umbi.

“Saya tak terfikir (menjadi calon). Biarlah keputusan ini serah pada kepimpinan tertinggi. Pada saya kita buat kerja untuk parti, kerana kita sayang BN bukan kerana nak jadi calon,” tegas beliau.

Perdana Menteri bakal mengumumkan tarikh pilihan raya pada bila-bila masa di mana menyaksikan mandat kerajaan BN akan berakhir dalam tempoh sembilan bulan dari sekarang iaitu pada April 2012.