Monday, December 5, 2011

ORANG MELAYU WASSATTIYYAH



Orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada mereka (bukan Melayu). "Orang Melayu telah menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatu dan lebih makmur serta mengamalkan wassatiyyah (kesederhanaan) sejak dulu lagi". "Jadi jangan sesekali cuba mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mengubah apa yang termaktub dalam Perlembagaan". Apa yang sudah kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan...



Pendekatan Wasatiyyah yang dituntut oleh Islam menjadi asas tepat untuk memacu pembangunan negara secara berkesan kerana ia boleh mendidik dalam berfikir dan bertindak secara bijaksana, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Ujarnya, Wassatiyyah yang bermakna pertengahan dan seimbang atau tidak melampau adalah antara usaha mempertingkatkan kualiti hidup ummah sama ada dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, perpaduan, pertahanan, kenegaraan dan sebagainya.

“Pendekatan ini bersifat komprehensif dan bersepadu yang mampu menyelesaikan tuntutan serta permasalahan ummah selain mengamalkan ajaran Islam secara berimbang dan syumul dalam segenap aspek kehidupan individu, keluarga dan masyarakat,” katanya.



Kita harus tabah, yakin dan fokus dlm perjuangan, akan ada pelbagai cabaran dan liku2 yg hitam akan dilalui..itu resam dalam perjuangan..kita tidak mungkin mampu puaskan hati semua org, walau macamana baik pun kita buat, akan tetap ada yg tak puas hati..itu resam, tapi ingat masih ramai diluar sana yang hargai para pejuang yg ikhlas jadi itu lebih penting dan kita utamakan, kepentingan Parti , Prinsip Alif, Baa, Taa Melebihi Kepentingan Peribadi..renung2kan

ARMAND AZHA SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA.
Post a Comment