Wednesday, March 7, 2012

SELANGOR INI TONG SAMPAH KER, PR OOIIII!!!!


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.



Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Cassa Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini.

Beliau berkata, Cassa juga akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.



Jacob mendakwa pembahagian zon kutipan antara kontraktor yang dipilih juga menimbulkan keraguan kerana terdapat sesetengah kontraktor diberikan tiga zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini.

"Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Beliau berkata jika kerajaan negeri masih berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, Cassa juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat prosedur pembahagian tender berkenaan.



Beliau berkata, Cassa juga akan mengadakan ceramah di seluruh daerah di Selangor untuk mendedahkan kepada rakyat tentang salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri jika tiada tindakan yang dibuat bagi menangani
isu ini.

Jurucakap polis IPD Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

DULU CAKAP BERDEGAR2 PASAL NAK URUS NEGERI SELANGOR NGAN BAIK, BILA DAH DAPAT HANCUR NI BARU CITER SAMPAH, BELUM LAGI CERITA JALAN2 RAYA YANG KINI BERLUBANG2, RUMAH2 HIBURAN, PUSAT2 URUT YANG DAH MACAM KEDAI MAKAN BANYAKNYA...

KITA PUNYA AKAL DAN FIKIRAN UTK MENILAI MANA BAIK DAN MANA TIDAK..BUAT KATA NABIL "LU PIKIR LAR SENDIRI"

No comments: