Friday, February 15, 2013

APA PENDIRIAN RASMI "KALIMAH ALLAH"



KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pas terus didesak menyatakan pendirian sebenar mereka sama ada selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti atau majlis kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam.


Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, sekiranya Pas mempunyai pendirian yang sama dengan Majlis Syura Ulama parti itu, mereka sewajarnya meninggalkan pakatan pembangkang.


Bagaimanapun katanya, jika Pas sependapat dengan majlis tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, parti itu jelas telah menggadai prinsip asal perjuangan mereka.


"Kami mahu tahu apakah pendirian Pas sebenarnya? Sehingga ke hari ini mereka masih diam seribu bahasa, adakah mereka akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam atau sependapat dengan rakan-rakan pembangkang lain supaya kalimah itu boleh digunapakai bukan Islami," katanya ketika ditemui selepas menyertai perhimpunan membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di hadapan Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130215/po_04/11-NGO-terus-desak-Pas-nyatakan-pendirian#ixzz2KyzZn9Xq 



11 NGO terus desak Pas nyatakan pendirian

No comments: