Friday, August 29, 2014

Disini Mulanya Negara Tercintaku "Malaysia"


Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia Sahabat2 Yang Di Hormati,

Alhamdulillah Syukur hari ni sudah 30hb Ogos, tinggal 1hari utk kita langkah masuk menyambut hari Kemerdekaan kita ke 57 Esok 31hb Ogos.

Malam ni macam-macam acara ada yang dibuat diseluruh negara baik secara rasmi atau tidak rasmi tapi bagi saya sepatutnya kita harus hayati apa kepayahan susah-senang Atuk-Nenak para pejuang2 tanah-air untuk kita capai Kemerdekaan kita sehingga hari ini.

Kita khususnya generasi muda harus tanamkan maksud dan erti Kemerdekaan dlm nur jati diri dalam diri kita terutama generasi muda. Kadang2 kita lalai dan lupa jasa para pejuang Kemerdekaan.

Seperti mana yang pernah diucapkan oleh salah seorang negarawan kita "Bukan Mudah Nak Capai Kemerdekaan, Tapi Nak Kekalkan Kemerdekaan Ini Adalah Lebih Sukar Di Masa Hadapan" .

Jadi saya selaku pemimpin muda mohon kita sama2 muhasabah diri kita dan dengan Fikiran Positif serta tenang sama2 kita hayati erti sebenar Kemerdekaan Negara Ke 57.

Disini Mulanya Negara Tercintaku "Malaysia"

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

No comments: