Thursday, August 28, 2014

Peremajaan UMNO. Laksanakan Atau Laungan?





Assalamualaikum dan salam Aman1Malaysia,

Tertarik minat saya untul memberikan pandangan peribadi saya selaku pemimpin muda dalam UMNO mengenai Peremajaan UMNO.


Sudah sampainya masa UMNO laksanakan Peremajaan UMNO. Bukan sekadar laungan bila tiba musim Perhimpunan Agung UMNO atau bila dekat menghadapi pilihanraya sahaja tapi ianya harus dan wajib diimplentasi bagi peremajaan parti untuk menghadapi PRU14 akan datang.



Jika kita nilaikan corak, landskap dan demografik politik berubah terutama cara pemikiran anak-anak muda dalam negara sepertimana kita tahu pada PRU14 akan datang akan ada lebih 4juta pengundi muda dan rata2 inginkan muka2 baru diletakkan dalam kepimpinan negara. Cara pendekatan harus lebih DINAMIK tanpa meninggalkan asas perjuangan UMNO.



UMNO harus Dinamik, untuk terus mendapat sokongan rakyat Malaysia. Cara dan corak pentadbiran juga harus terus mendapat cetusan idea2 baru yan terus segar dihati dan minda rakyat jelata.



UMNO harus buka ruang dan peluang serta diberikan kepercayaan bagi anak2 muda diletakan sebahagian daripada pembuat dasar negara mewakili pandangan anak2 muda.

Saya secara peribadi rasakan PRU14,  UMNO harus berani letakkan sekurang2nya 30% calon anak muda bagi transformasi Peremajaan UMNO. 

Bagi Veteran2, Otai2, Ayahanda Dan Kekanda2 Lama dlm UMNO berikan peluang pada generasi muda seperti kami sebagaimana anda semua diberikan peluang dan ruang oleh kepimpinan UMNO yang terdahulu.


Berikan kami selaku GENERASI PEWARIS PERJUANGAN Utk terus bawa obor UMNO terus kukuh dan dekat dihati rakyat khususnya orang-orang muda.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
 #PeremajaanUMNO 
 #TransformasiPemuda
Post a Comment