Wednesday, August 20, 2014

Pendirian Saya Dlm Isu Ayahanda Tun M Dan YAB Ds Najib


Assalamualaikum dan salam perjuangan sahabat2 yang dihormati,

Tertarik saya pada satu kenyataan Oleh Sdr Irwan Fahmi Ketua Wira Perkasa Malaysia mengenai isu teguran Ayahanda Tun M pada YAB Ds Najib .

Membuat saya ingin memberikan pandangan saya selaku pimpinan muda dalam UMNO yang melihat lebih daripada sudut positif daripada negatif. Ibarat teguran seorang bapa pada anaknya. 

Sama seperti teguran seorang Mantan Ketua Wira Perkasa Malaysia pada yg memegang jawatan ketua wira perkasa Malaysia kini.

Ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa. Saya secara peribadi yakin Ayahanda TUN M sayangkan YAB Ds Najib ibarat anaknya kerana itu ditegur, kerana sayang. 

Banyak soalan yg diajukan oleh pihak Ayahanda Tun M pada YAB Ds Najib telah pun dijawap baik secara peribadi mahupun wakil beliau baik secara santai, secara rasmi ataupun melalui proses undang2 negara dimahkamah.

Seperti mana yang kita tahu kedua2 negarawan ini mempunyai kekuatan masing2 dalam cara berbeza, landskape politik yang berbeza, era berbeza ,generasi berbeza tapi mempunyai 1arah tuju yang sama iaitu kepentingan rakyat dan negara tanpa meninggalkan asas penubuhan negara tercinta kita.



Era Ayahanda Tun M ketika menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun bermula daripada 1981 hingga 2003 banyak jasa yang telah beliau berikan dalam kemajuan negara yang tidak  oleh kita sangkalkan terutama dlm sektor pembangunan negara.

Tapi Era Zaman YAB Ds Najib adalah era yang paling mencabar dalam pentadbiran  berbanding dengan Perdana Menteri sebelum beliau.

Seperti mana kita tahu era YAB Ds Najib, rakyat negara kita dibanjiri dengan ledakan maklumat2 teknologi media sosial yang kita tahu, pelbagai cerita, fitnah dan pelbagai jenis hasutan dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencipta presepsi kebencian terdapat kerajaan dibawah kepimpinan YAB Ds Najib ciptaan pihak yg risau agenda kepentingan rakyat dibawah yg dibawa oleh beliau secara konsisten.

Sejak awal YAB Ds Najib diuji dengan pelbagai cabaran, halangan serta kritikan , fitnah , tikaman , hinaan baik pada diri beliau malah terhadap keluarga beliau sendiri tapi beliau terus kehadapan membawa Transformasi politik negara kehadapan. 

YAB Ds Najib berjiwa besar dengan tenang menghadapi tiap cabaran dengan cara tersendiri beliau iaitu bersederhana atau wasatiyyah.

Jika kita nilaikan sejak Ds Najib mengambil alih tampok pemerintahan negara pelbagai dasar baru bagi negara dan kepentingan rakyat baik diperingkat atas mahupun pertengahan kebawah di laksanakan.




YAB Ds Najib mulakan dengan Gagasan 1Malaysia kerana beliau tahu negara kita adalah sebuah negara yang unik dimana mempunyai pelbagai bangsa , kaum dan agama. 

Maka keutamaan sebuah negara seperti Malaysia adalah menghormarti satu sama lain kearah PERPADUAN NASIONAL, kesedaran, kefahaman dan penerapan nilai kesepaduan dlm negara.

Setelah itu beliau melancarkan Pelan Transformasi, ianya termasuk Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Model Ekonomi Baru Serta Rancangan Malaysia ke 10. 

YAB Ds Najib bukan sekadar laungkan apa yg beliau janjikan tapi melaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Semua dasar2 yang dilaksanakan oleh YAB Ds Najib memberikan manafaat demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat yang kita tahu begitu dekat dengan hati nurani beliau. 

Cara beliau turun mengejut dalam siri turun padang bertemu rakyat dibawah bagi mendengar isi hati serta rintihan dibuat secara konsisten bukan bermusim.

Selain cara turun padang secara terus, YAB Ds Najib juga berinteraksi mengunakan media sosial, baik laman web beliau, facebook, twitter dan instagram utk terus mendapat maklumat serta pandangan rakyat dalam apa yang dikehendaki serta apa yang perlu penambah baikkan dalam dasar negara.

Jika kita renung apa yang telah YAB Ds Najib laksana daripada sudut positif pasti kita nampak seperti Klinik 1Malaysia , Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia,  Perumahan Rakyat 1Malaysia, 1AZAM, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Pelan Transformasi Luar Bandar, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia Dan banyak lagi jika nak dimaklumkan..



YAB Ds Najib bukan sahaja di hormati dalam negara malah luar negara. Isu Selatan Filipina Sehinggalah Isu MH17 beliau mengunakan pendekatan yang matang dan profesional dalam penyelesaian. 

YAB Ds Najib juga salah satu pemimpin negara yang telah menjejak kaki ke bumi GAZA Palestin malah secara konsisten menyatakan sokongan negara terhadap NEGARA PALESTIN secara terbuka diperingkat antarabangsa,

Ini lah manusia individu yang WALK THE TALK.

Selaku pimpinan muda dalam UMNO saya menghormati AyahandaTUN M selaku negarawan negara yang berikan pandang beliau demi kepentingan negara dan UMNO, tapi beliau juga harus menghormati pilihan rakyat serta institusi UMNO melalui sistem Demokrasi yang digunapakai sepertimana di Era zaman beliau.

Dizaman Ayahanda Tun M jugak mengalami krisis kepimpinan yg besar tetapi barisan kepimpinan era beliau berdiri teguh menyokong beliau kerana itulah sebenarnya setiakawan serta cara berinstitusi berpolitik.

Dalam keadaan yg sama bila Ayahanda Tun M mendesak utk YAB Ds Najib meletakkan jawatan maka beliau juga harus menerima kenyataan kepimpinan terkini harus bersiri serta bersama menyatakan sokongan pada YAB Ds Najib selaku Presiden UMNO kerana ini juga dilaksanakan pada era pemerintah Tun M dahulu.

Saya merasakan perpaduan adalah yang paling utama dalam institusi UMNO. Sebagai generasi muda dlm UMNO sudah pasti kita mahukan melihat contoh yang baik oleh kepimpinan lalu dlm isu perpaduan institusi. 

Yang lama harus memberikan contoh pada pimpinan baru dalam parti utk sama2 kita perkukuhkan institusi UMNO.

Musuh kita bukan sesama sendiri, musuh kita bukan yg sama2 mengangkat martabat Alif, Baa, Taa. 

Jadi pada pihak NGO kekalkan sebagai sebuah NGO jangan bercita2 nak jadikan sebuah NGO menjadi Parti Politik,kerana asal penubuhan adalah utk jadi NGO bukan kerana kepentingaan individu yg mencari survival politik.

Musuh kita adalah yg mahu hancurkan negara dan peraduan dlm negara kita yg dibina oleh UMNO dan BN oleh generasi lalu drpd sebelum merdeka hinggalah hari ini.

Sama2 kita perkukuhkan perpaduan UMMAH sesama kita demi generasi pewaris perjuangan.







ARMAND AZHA HJ ABU HANIFAH
EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO 
MALAYSIA MERANGKAP MANTAN KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA BERDIRI TEGUH MENYOKONG KEPIMPINAN YAB DS NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA

No comments: