Saturday, August 11, 2012

Pemuda UMNO Anjur Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1 Malaysia.



Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran anjuran Pergerakan Pemuda UMNO di Masjid As-Syakirin, KLCC petang tadi.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Bertemakan 'Ummah Bersatu Negara Maju', Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) hari ini telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Majlis yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC selepas solat Asar petang tadi telah dihadiri seramai 200 orang daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pelajar dari Tahfiz serta anak-anak yatim sekitar ibu kota. Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari.



Pelajar Tahfiz dan Maahad sekitar Ibu Kota turut hadir
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran petang tadi.

Sejurus selepas selesai majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran, Khairy Jamaluddin telah memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan cenderahati penghargaan kepada pihak penaja.

Ketika majlis perasmian Iftar Ramadhan bersama Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, "program seperti ini harus disebarluaskan keseluruh negara. Kita perlu menyokong pendekatan UMNO negeri Johor yang kerap menganjurkan program Tadarus dan Khatam Al-Quran. Semalam UMNO telah menganjurkan program seperti ini di Kepala Batas dan hari ini Pergerakan Pemuda menganjurkan di sini".



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika berucap

"Kita perlu mengaplikasikan konsep modal insan dan ulul albab dalam kehidupan seharian. Ulul albab menghendaki kita menggunakan akal yang waras bagi mencari kebenaran dalam persepsi yang sebenar. Mereka yang banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi akan membuatkan kita sedar bahawa kita ini adalah khalifah yang mentadbir dunia ini"

"Bagi melahirkan modal insan, kita perlu menekankan ilmu dan agama agar kehidupan kita sentiasa dilindungi rahmat Allah S.W.T. Dengan ilmu kita dapat membezakan kebenaran dan kebatilan tanpa dihasut orang lain," ujarnya lagi.


Pengerusi  iLMU, Ustaz Fathul Bari ketika
menyampaikan tazkirah

Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari berkata dalam tazkirahnya "Majlis Tadarus dan khatam Al-Quran ini satu program yang mulia dan baik. Masyarakat hari ini perlu memperbetulkan fahaman mereka bahawa agama bukannya pada sambutan dan peristiwa sahaja. Agama itu memandu kehidupan"

"Kita bukan sahaja mahu mewujudkan orang yang tahu membaca dan menghafal Al-Quran tetapi lebih besar dari itu yang mana Al-Quran perlu difahami dan dijadikan panduan hidup. Kita tidak mampu memahamkan kandungan Al-Quran kepada bukan Islam jika Islam berbalah sesama sendiri."

"Carilah malam lailatul qadar dalam 10 malam terakhir bukannya cari pusat membeli belah 10 malam terakhir. Malam lailatul qadar ialah malam yang sangat indah yang mana lebih baik daripada 1000 malam," katanya lagi ketika menyampaikan tazkirah sebelum berbuka puasa.

Turut hadir menyerikan majlis, Persembahan nasyid dari kumpulan D'Soul selepas solat maghrib.-KalamPena/PjO 

Malaysia Tanah Tumpah Darahku : YB Dato Razali Ibrahim



Kini kita telah melangkah kebulan kemerdekaan didalam bulan ramadan yang mulia,



Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Yg Ke 55Tahun dengan laungan "Janji Ditepati" Sepanjamg kita menyambut kemerdekaan negara, saya rasakan tahun 2012 sepatutnya kita sambut dalam semangat patriotik diseluruh negara, tapi malangnya ada puak2 rejim pakatan mengeluarkan kata2 yg tidak patriotik sehingga menghina Jalur Gemilang Kita demgan mengelarnya "Jalur Malang". Bukan setakat itu sahaja negeri2 pakatan tidak bersatu dalam laungan "Janji Ditepati" Pelik adakah mereka nak nyatakan rejim Pakatan tidak mengotakan janji mereka? Hmmm terpulanglah.



Saya dapat bertanyakan isu ni pada YB Dato Razali Ibrahim dlm erti kemerdekaan yang wajib disematkan oleh generasi muda.



"Semoga erti kemerdekaan diselami & difahami sebaik mampu serta kedatangannya kali ini membawa semangat cinta tertinggi kita bernegara. Makmurlah Malaysia, tanah tumpah darah ku...YB Dato Razali Ibrahim.

"Ungkapan yang ringkas tapi membawa makna dan maksud yang besar"

Friday, August 10, 2012

YB Datuk Saifuddin Abdullah Dan YB Khairy MERDEKA PROGRAM NEGARA




SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai program negara bukan program politik.



Mesej itu dipanjangkan (ReTweet) oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin serta lebih 40 orang pengikut Saifuddin, yang mempunyai pendirian yang sama. Dilaporkan semalam lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka.



 Saifuddin membidas penganjuran ini kerana akan mengganggu kelancaran sambutan Hari Kemerdekaan. Beliau juga melahirkan rasa kecewa kewajaran penganjur memilih tarikh dan tempat yang sudah dipersiapkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan keesokan paginya.



 “Saya menyeru kepada mereka supaya janganlah buat perhimpunan itu pada malam tersebut di situ (Dataran Merdeka), namun saya tidak kata boleh dibuat di tempat lain,” katanya.

*Jadi pada Pak Samad sudah2 lar buat kerja2 yang merapu ni. Pak Samad harus ingat yang Pak Samad asalnya warganegara Singapura kini Malaysia..Apa Pak Samad dah lupa ker sajak2 tentang keperitan kehidupan di sana dan nikmat kehidupan di Malaysia..

31hb Ogos Hari Kemerdekaan Negara Malaysia. Jgnlah Rosakkan Nya, Merdeka Milik Rakyat Malaysia Bukan Hak Milik Pakatan Rakyat.

Majoriti Rakyat Bersama2 Dalam Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Kerana Kami Anak Merdeka, Kami Anak Malaysia.

JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG.

Thursday, August 9, 2012

Adam Adli, Khalid Ismath & SMM – Jom berdemo……BERANI KER?



Berani ker si Adam Adli, Khalid Ismat, Chegu Bard atau SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) turun memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Unisel hari nie …..

Atau mereka sebenarnya hanya pencacai kepada pakatan rakyat dalam memperjuangkan isu mahasiswa seperti menghapuskan PTPTN dan hapuskan AUKU sedangkan isu sebenar mahasiswa seperti apa yang berlaku kat Unisel nie, bukanlah perjuangan mereka sebenarnya….



Berani ker mereka memasang PATUNG sebegini di depan bangunan SUK?



Atau mengalung bunga dan meletakkan `batu nisan’ sebagai simbol orang mati ….. letakkan juga gambar Khalid Ibrahim & muka Halimah (Exco Pendidikan)



Ataupun pihak poster Anwar Ibrahim yang juga merupakan penasihat ekonomi kerajaan negeri berharga RM1….



Tak nak ke berkhemah di Bulatan Unisel Bestari Jaya…. Ajak sekali pelajar-pelajar yang tidak dibenarkan masuk hostel tersebut …..




Kalau 4 perkara nie korang tak buat …. Tak perlulah korang menyalak lagi selepas nie untuk memperjuangkan nasib dan kebajikan mahasiswa Malaysia sebabnya korang memang tak layak …. Korang hanya berani menyalak untuk pakatan rakyat semata-mata ….

Pesanan aku, jangan sekadar jadi anjing pakatan rakyat ( Petikan Drpd Blog Sahabat Gunung )

Jadi Kita Tgk Depa Berani Atau Tidak..Atau Cam Biasa Akan Terus Salahkan BN...Itu Jer Modal Depa..

Wednesday, August 8, 2012

Parti Politik Dan NGO, Ibarat Isi Dan Kuku Bukan Musuh




Perubahan landskape politik negara bole kita lihat kini.Dahulu rakyat akan meminta bantuan terus pada pemimpin2 politik tetapi kini dapat dilihat rakyat mula bersuara melalui gerakan2 NGO2

Salah satu dimensi yang kurang diberikan perhatian oleh ramai pihak di negara ini ialah aktivisme sosial yg kini banyak digerakkan oleh gerakan2 NGO bersama2 masyarakat. Saya memahami aktivisme sosial sebagai satu pendekatan strategik yang dilakukan untuk membina hubungan secara terus dengan masyarakat.





Hubungan tersebut dilakukan melalui program-program secara berterusan dan tersusun untuk memenuhi keperluan masyarakat. Pada akhirnya, setiap program itu akan meningkatkan kualiti kehidupan, dan memberikan kemaslahatan serta kesejahteraan sosial, khususnya dalam jangka masa panjang.Tapi gerakan2 NGO ini sering kurang mendapat perhatian kepimpinan Politik khususnya diperingkat bahagian berbeza ngan kepimpinan diperingkat pusat yang lihat pentingnya utk kerjasama ngan gerakan2 NGO ini.



Aktivisme sosial adalah satu kelompongan di negara ini jika dilihat penghayatannya dalam konteks politik kepartian. Memang, dari satu sudut, kelompongan tersebut diisi oleh badan-badan yang tidak bermotifkan keuntungan (NGO) yang sepatutnya mendapat kerjasama pihak parti politik dlm mendekati aktivist2 masyarakat.

Beberapa program bermotifkan pendidikan oleh NGO tertentu memang ada, namun, dalam konteks realiti semasa, khususnya kemampuan kewangan NGO yang rendah, program-program tersebut masih kurang dan belum mampu memenuhi keperluan yang ada kerana itulah pemimpin2 harus membantu gerakan2 NGO ini bukannya menolak mereka.





Pada Pemimpin2 Politik Jgn Lah Buat Musuh Ngan NGO2 Tapi Bantulah Mereka, Jgn Anggap Pemimpin2 NGO Sebagai Satu Yg Akan Mengugat Kedudukan Politik Mereka Dan Akhirnya Tidak Akan Bekerjasama Ngan Aktivist2 NGO Malah Akan Menolak Dan Bermusuh Ngan Gerakan2 NGO2



Walau bagaimanapun, tulisan ini lebih memfokuskan aktivisme sosial dalam konteks kepartian. Keterlibatan parti-parti dalam melibatkan diri dengan program-program sosial yang memberikan kebaikan adalah sangat kurang.Saya secara peribadi rasakan pemimpin2 harus berubahan dalam cara mereka berpolitik kerana lanskape politik negara sudah berubah,

Janganlah terus ada budaya cah keting dan tikam belakang pada aktivist2 gerakan NGO di peringakat akar umbi kerana takut dan rasakan tergugat kerana gerak kerja NGO berbeza ngan pendekatan cara lama.




Parti-parti di negara kita, dan dalam tulisan ini saya memberikan tumpuan yang khusus kepada parti yang dianggotai oleh majoriti masyarakat Melayu – kelihatan tidak berminat, atau jika berminat, tidak melakukan usaha yang bermakna untuk merealisasikan minat mereka, bagi menjayakan aktivisme sosial.



Program seperti sumbangan beras, makanan dan lain-lain, yang selalunya bersifat bermusim dan ad hoc bukanlah satu manifestasi aktivisme sosial, tetapi lebih didasarkan kepada kehendak-kehendak politik jangka pendek tapi ianya harus berterusan dan konsisten.





Tanpa menafikan aspek positif daripada program tersebut, program sebegitu sebenarnya tidak menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera dan bahagia.






Jika kita lihat beberapa perubahan sosial dan politik yang berlaku di Lubnan, Palestin dan Turki, kita akan dapat melihat, salah satu faktor yang menyumbang kepada perubah lanskap tersebut ialah aktivisme sosia dan akhirnya berlaku kerana pemimpin2 parti politik tidak mahu mengikut perubahan landskape politik dan akhirnya berlaku prubahan.

Kita lihat perubahan transformasi politik yang dibawa oleh YAB Ds Najib yang mengunakan pendekatan2 baru dan cara geakana pemikiran yang diluar kotak kerana menlihat pentingnya harus ada perubahan dlm keadaan politik terkini.

Jadi harapan saya adalah pemimpin2 politik diperingkat akar umbi jganlah gagalkan segala usaha YAB Ds Najib Dalam Transformasi politik negara. Mereka harus mengikut cara gerakan kerja beliau. Hargailah aktivist2 NGO bukan nya menolak serta Cah Keting kerana kerjasama antara satu sama lain adalah langkah yg terbaeek.

Selamat Berbuka puasa semua..

Saturday, August 4, 2012

"Royalti Minyak" Besar Jiwa Transformasi YAB Ds Najib



1MALAYSIA UMNO & PAS KELANTAN..!!?



Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.



"Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.



"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.



Beliau berkata berdasarkan Perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.



Najib berkata walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.

Beliau berkata sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar daripada Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Tahniah YAB DS Najib Pemimpin Rakyat Yang Berjiwa Besar...Transformasi Perubahan Yang Berani Demi Kepentingan Rakyat..

"Laungan Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan" Senantiasa Dalam Jiwa YAB DS Najib.

Friday, August 3, 2012

Go Lee Chong Wei, Harapan Negara



LONDON, 4 Ogos — Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah Malaysia dalam Sukan Olimpik apabila berada di laluan emas pada Ahad ini.

Harapan Malaysia untuk melihat pingat emas pertama Sukan Olimpik menjelma sekali lagi apabila Chong Wei melangkah ke final dalam acara perseorangan.

Pemain nombor dua dunia itu berjaya menundukkan Chen Long dari China 21-13, 21-14 dalam saingan separuh akhir di Arena Wembley semalam, sekali gus menanti musuh tradisi Lin Dan dari China di pertemuan merebut emas.

Pertemuan dengan Lin Dan merupakan ulangan di Sukan Olimpik 2008 di Bejing yang mana pemain China itu menumpaskan Chong Wei 21-12, 21-8 untuk merangkul pingat emas.

Meskipun sudah menggenggam pingat perak namum sudah tiba masa untuk Chong Wei untuk menggamit emas berikutan Sukan Olimpik 2012 merupakan penampilan terakhir pemain negara itu.

Pada pertemuan dengan Chen Long, Chong Wei begitu tenang dan dapat membaca gerakan Chen Long sehingga mampu mendahului 7-0 dan kemudian 19-13 sebelum memungut mata pertama dalam masa 23 minit.

Pada set kedua, Chong Wei ketinggalan 3-6 tetapi bangkit semula dengan pukulan pantas dan mengelirukan untuk mencapai kemenangan 21-14 dalam masa 28 minit.

Selepas perlawanan itu, Chong Wei berkata beliau menjangkakan saingan sengit daripada Chen Long yang menduduki ranking ketiga dunia tetapi ia meleset sama sekali.

"Set pertama memang penting sekali kerana tahu saya mesti menang bagi meningkatkan keyakinan. Namum tidak sangka dapat kemenangan mudah.

"Secara peribadi, saya telah mencapai sasaran di sini dengan mara ke final," katanya.

Mengenai musuh ketatnya Lin Dan, Chong Wei berkata beliau perlu bersedia dari segi kekuatan mental.

Mengimbas pertemuan pada final Sukan Olimpik 2008, Chong Wei berkata keadaannya kini berbeza ketika lawannya beraksi di gelanggang sendiri dan kini Arena Wembley adalah gelanggang berkecuali.

Bagaimanapun, Chong Wei mengakui beliau kini mula rasa tertekan sama seperti sebelum menemui Lin Dan pada perlawanan akhir di Beijing pada 2008.

Mengikut statistik, Lin Dan mempunyai kelebihan ke atas Chong Wei dengan memenangi 20 daripada 29 pertemuan antara mereka.

Pada pertemuan terakhir semasa Kejohanan All England, Mac lepas, Lin Dan mendahului 21-19 pada set pertama dan 6-2 pada set kedua apabila Chong Weimenarik diri akibat kecederaan buku lali.

Chong Wei kali terakhir menumpaskan Lin Dan adalah pada Terbuka Korea pada Januari lepas dengan 12-21, 21-18, 21-14. — Bernama

Thursday, August 2, 2012

Dahulu Kalimah Allah, Kini Gereja PUTRA?



Tahniah Kerajaan Pakatan Selangor,Selepas Kalimah Allah, Kini Gereja Putra

Jika kita anggap ini perkara kecil terpulanglah, jika dinilai dengan kematangan ini ibarat satu gerakan tersirat untuk memesong akidah anak2 muda yang tiada jati diri.

Jika kita terus buat dek jer, saya yakin lama kelamaan negara kita akan jadi liberal agama seperti negara jiran kita..keputusan di tangan anda, renung2kan



Terima Kasih kepada Pakatan Rakyat atas usaha mereka untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah, kini muncul pula gereja Putra. Aku kurang pasti kenapa gereja ini dinamakan dengan nama Putra. Mungkin disebabkan lokasi gereja tersebut berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia ataupun tujuan gereja itu dibina untuk menarik perhatian pelajar-pelajar dari universiti tersebut?

Wednesday, August 1, 2012

Pakatan Saudagar Janji Dasar Automotif Negara



Sebentar Tadi Macam Biasa Puak2 Rejim Pakatan "Kami Saudagar Janji" Buat Sidang Akhbar Tentang Dasar Automotif Negara.

Heboh Kata Nak Turun Kan Harga Kereta , Tapi Cadangan Yang Di Bawa Tak Menjurus Kearah Menuruhkan Harga Kereta Dan Menjaga Kadar Kereta Terpakai Tapi Hanya Mengeluarkan Kenyataan2 Populis Sahaja. Tanpa Memikirkan Permasalahan Jangka Masa Panjang.

1Malaysia Tahu Puak2 Rejim Pakatan Ni Hanya Pandai Merjanji Tapi Tak Di Tepai Berbeza Ngan Kerajaan BN Yg Hanya Akan Berjanji Jika Ianya Akan Di Laksanakan Sebab Itu Laungan "Janji Ditepai" Di Guna Pakai.



Cadangan Si Rafizi Utk Membuat Tender Terbuka Bagi AP Di Lihat Tidak Akan Membantu Dan Menurunkan Harga Kenderaan Pd Rakyat Malah Ianya Hanya Akan Membebankan Kembali Penguna.

Saya Pula Mencadangkan Agar Kerajaan Menurunkan Cukai Dan Eksais Bagi Kenderaan Bagi Mengurangkan Harga Kereta Kerata Itu Lah Jalan Yang Paling Baik.

Kenyataan Beliau Lebih Kearah Kenyataan Populis Dan Menanam Kebencian Seperti Gerakan2 Rejim Pakatan Sebelum Ini.

Datuk Seri Anwar Pula Seluruh Rakyat Malaysia Tahu, Beliau Akan Berjanji Langit Dan Bummi Pada Rakyat Tapi Perlaksanaan HamPAS...

Kita Patut Cadangkan Pada Utk Buat AWARD RAJA DRAMA Bagi Beliau..



Selama Ini PEKEMA Banyak Membantu Meningkatkan Peluang Pekerjaan Bagi. Puluhan Ribu Rakyat Malaysia Khususnya Dalam Sektor Automotif Bukan Sahaja Peluang Pekerja Sektor Korporat Malah Memberikan Peluang Pekerjaan Pd Anak2 Muda Dlm Sektor Kemahiran Automotif.



PEKEMA Banyak Membuat Kerja2 Amal Dlm Negara Sebagai Satu Tanggungjawab Korporat Dlm Negara Kita Baik Daripada Segi Kebajikan Mahupun Pendidikan.

Soalan Disini Jika Pihak2 Yg Berjaya Dlm Tender AP Terbuka Adakah Mereka Juga Akan Membuat Perkara Sama Seperti Mana Yang Di Lakukan Oleh PEKEMA Sejak Sekian Lama.



Berikut Adalah Kenyataan Menteri DS Ismail Sabri Terhadap Isu Ini.

Ismail Sabri: Turun harga kereta tak praktikal
Ahmad Fadli KC | 1:00PM Ogos 2 2012

Kerajaan tidak akan mampu menjana pendapatan secukupnya jika duti eksais kereta dihapuskan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kalau ikut Pakatan semua dia hendak turunkan. Harga kereta dia hendak turun. Harga minyak dia hendak turun. Sedangkan di negeri yang diperintahnya semuanya naik.

"Kalau semuanya hendak diturunkan dari mana hendak dapatkan sumber pendapatan negara?" soal Ismail sewaktu ditemui selepas sesi dialog bersama sekumpunan artis di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau mengulas cadangan Pakatan untuk menurunkan harga kereta dengan memansuhkan duti eksais yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Langkah itu juga akan menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Menurut Ismail, janji terbaru Pakatan itu juga tidak praktikal kerana mereka didakwa gagal melaksanakan manifesto dalam pilihan raya umum yang lepas.

"Sebelum dia perintah dia akan janji apa-apa sahaja. Apa yang berlaku di negeri dia, jelas dia gagal untuk mengotakan apa yang dijanjikan," kata Ismail.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut mengecam cadangan itu yang disifatkan akan menyebabkan keadaan ekonomi tidak stabil.

Nor Mohamed mendakwa cadangan itu akan menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman semenanjung Malaysia.

Logo Kemerdekaan Pakatan Macam Logo Suara Anak Muda 1Malaysia?



Logo & Slogan... PR Akan Rayakan #Merdeka55 Lebih Kurang Sama Ngan Logo Suara Anak Muda 1Malaysia.



Tersenyum Saya Lihat Logo Yang Akan Digunakan Oleh Pakatan Kerana Ianya Menyerupai Logo NGO Suara Anak Muda 1Malaysia, Rakan2 Sendiri Bole Menilai Apa Yang Saya Katakan.

Yg Paling Best Tagline Mereka Bertema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" Sambut Merdeka. "Se" makna "Satu" Bunyi Dah Macam 1Malaysia Aje

Logo & Slogan Pakatan Ni Sendiri Pun Ibarat Tak Original Langsung Yang Akan Digunakan Oleh 4 Negeri Di Bawah Pemerintahan Rejim Pakatan Untuk merayakan Hari Kemerdekaan ke-55.



Bole Tak Suara Anak Muda 1Malaysis Dapat Royalti Pengunaan Logo Oleh Rejim Pakatan? Heheheheheh 

Tindakan Itu Ekoran Rasa Fobia Dengan Slogan Yang Telah Diumumkan Oleh Kerajaan Iaitu JANJI DITEPATI~! Kerana Rejim Pakatan Lebih Suka " Ku Saudagar Janji"

Tabung Pendidikan Kemahiran Bajet 2013 Cadangan SAM1M



Alhamdulilah, Saya Mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia Sudah Email Pada YAB Ds Najib Perdana Menteri Malaysia Tentang Cadangan #Bajet2013 Penambahan Dana Tabung Pendidikan Kemahiran.

Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) Konsisten Dalam Memperjuangkan Isu Ini Sejak Awal Tahun Setelah Mendapat Tahu Permasalahan Anak2 Muda Yang Terlibat Secara Terus Dlm Pendidikan Kemahiran.



SAM1M Membuat Cadangan Ini Kerana Majoriti Yg Amik Kursus Tersebut Drpd Keluarga Berpendapatan Rendah Dan Perlukan Peluang Kedua Dlm Pendidikan Khususnya Pendidikan Kemahiran Bagi Menghadapi Masa Hadapan Yg Lebih Baik Kearah Negara Maju 2020 Melalui Konsep Modal Insan,



Saya Dengan Rendah Diri Mendoakan Semoga Pihak YAB DS Najib Pertimbangkan Cadangan Saya Dan NGO Saya Suara Anak Muda 1Msia Dalam Isu Tabung Pendidikan Kemahiran Pd Bajet 2013.

Terima Kasih PM