Friday, July 11, 2014
Pemuda UMNO sanggup korban Syawal demi Gaza
Thursday, July 10, 2014
Tabung "Kami Prihatin " Solidarity For Palestine
#UniteAgainstWar
#SuaraAnakMuda1Malaysia
Monday, July 7, 2014
Stop War In Gaza!!! Peace 4 Palestine
Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia Sahabat2 Yang Di Hormati,
Tiap Kali Bulan Ramadan Israel Akan Serang Gaza..Kini Di Maklumkan Oleh Sahabat2 Saya Di Gaza, Serangan Isreal Keatas Mereka Di Tingkatkan.
Sampai Bila Dunia Nak Biarkan Kekejaman Israel Yang Tidak Menghormati Perjanjian Damai.
Sampai Bila Dunia Islam Nak Berpeluk Tubuh Melihat Kekejaman Israel Terhadap Palestine Yang Berterusan Ini.
Ya Allah Kau Berikan Lah Kekuatan Pada Umat Mu Dan Lindungi Lah Umat Mu Daripada Kekejaman Tentera Israel.
Saya Secara Peribadi Yang Telah Menjejak Kaki Di Bumi Palestine Bersama Dato Azeez Rahim Bersama Para Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia Dan Melihat Kekejaman Tentera Israel Terhadap Umat Islam Di Palestine Sehingga Kini Tersentuh Hati Dan Berikrar Untuk Terus Membantu Palestine.
Ketika Di Gaza, Melawat Rumah Anak2 Yatim Mangsa Peperangan Dan Kekejaman Israel. Ribuan Anak Kecil Di Tempat2 Pemindahan Yang Serba Kekurangan.
Hospital Gaza Yg Penuh Ngan Mangsa2 Peperangan Yang Serba Kekurangan Kemudahan Asas.
Syukur Alhamdulilah, Saya Dapat Juga Memderma 1Pain Darah Saya Di Hospital Gaza Utk Rakyat Palestine Yang Di Tindas Dengan Kekejaman.
Sama2 Kita Doakan Keselamatan Sahabat2 Kita Di Gaza Palestine.
#StopWarInGaza
#Peace4Gaza
#1MuslinUnite
#Armand4Palestine
#UniteAgainstWar
Monday, June 30, 2014
Francis Yeoh Lupa Belajar Sejarah YTL!!!
"Bagi MTEM, kami meminta Yeoh untuk membuktikan dia dan syarikatnya tidak bersalah.
Friday, June 20, 2014
Pemuda UMNO Di Washington DC
Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia Sahabat2 Yang Di Hormati,
Alhamdulillah Syukur Selesai Program Pemuda UMNO Sejak Pagi Hingga Petang Di Washington DC.
Bermula Awal Pagi Sessi Dialog Bersama Young Congressman Republican Dan Democrats Tentang Isu2 Semasa Mengenai Hala Tuju Negara Di Dalam Tangan Orang2 Muda.
Walaupun Berbeza Ideologi Politik Tapi Kepentingan Dalam Membina Negara Harus Di Galas Bersama.
Di Amerika Terutama Di Washington, Kepercayaan Terhadap Agama Islam Makin Meningkat, Syukur Alhamdulillah.
Parti2 Politik Baik Drpd Republican Mahupun Democrats Membuka Serta Memberikan Ruang Pada Orang2 Muda Dalam Kepimpinan Mereka Bagi Memastikan Sokongan Serta Idea2 Terus Bernas Dan Relevan Dimata Rakyat.
Kemudian Kunjungan Hormat Ke Kedutaan Malaysia Bagi Sessi Bersama Datuk Dr Awang Adek Serta Pelajar2 Serta Warga Malaysia Di Kedutaan Malaysia.
Sepanjang Sessi Bersama Beliau, Pertukaran Pendapat Tentang Bagaimana Untuk Mendekati Serta Bertukar Pendapat Mengenai Generasi Muda Serta Warga Malaysia Yang Berada Di Amerika Mengenai Isu2 Semasa Baik Di Malaysia Mahupun Di Amerika Syarikat.
Di Sebelah Tengahari Pula, Kami Menunaikan Solat Jumaat Bersama Datuk Dr Awang Adek Serta Warga Malaysia Di Kedutaan Malaysia.
Setelah Itu, Kami Makan Tengahari Bersama Warga Kerja Kedutaan Malaysia Di Pejabat Kedutaan Malaysia Di Washington DC.
Kami Terkejut Bila Di Jemput Oleh Datuk Dr Awang Adek Utk Ke Rumah Rasmi Beliau Bagi Minum Petang Bersama Keluarga Beliau.
Kemudian Diteruskan Sessi Kunjungan Hormat Ke White House Serta Ke Lincoln Memorial Bagi Melihat Sejarah Pembinaan Negara Amerika Drpd Merdeka Hingga Kini.
Program Terakhir Sessi Makan Malam Bersama Sdr Hairul Reaza Minister Counselor Embassy Of Malaysia.
Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Dalam Siri Lawatan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ke Amerika Syarikat, Bermula Drpd Bandaraya New York Kemudian Ke Philadelphia Dan Di Akhiri Di Washington DC.
Pergerakan Pemuda Malaysia Mengambil Pendekatan Utk Mendekati Secara Dekat Warga Malaysia Baik Pelajar Mahupun Warga Kerja Malaysia..
Mengambil Peluang Bagi Memberikan Penerangan Isu2 Terkini Didalam Negara, Menjawap Sebarang Persoalan Oleh Warga Malaysia Tanpa Mengira Agama, Bangsa Ataupun Pendirian Politik.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Bukan Sahaja Bergerak Mendekati Anak Muda Di Dalam Negara Tanpa Mengira Di Bandar Mahupun Di Desa, Di Institut Penganjian Awam Mahupun Swasta.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Di Bawah Kepimpinan YB Khairy Jamaluddin Mengambil Pendekatan Baru Utk Mendekati Anak2 Muda Di Perantauan Bagi Memberikan Maklumat Dan Menjawap Persoalan Anak2 Muda Agar Mendapat Maklumat Yang Betul.
Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ke Amerika Syarikat Kali Ini Di Ketuai Oleh Sdr Azwan Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Merangkap Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Yang Konsisten Dalam Program Lawatan Mesra Pemuda UMNO Malaysia Yang Lebih "PEOPLE FRIENDLY".
Beliau Bukan Sahaja Disenangi Oleh Pelajar2 Malaysia Di Amerika Syarikat Malah Warga Malaysia Yang Berkerja Di Sini , Dalam Suasana Santai Dan Mudah Di Dekati Tanpa Protokol Dalam Siri Lawatan Pemuda UMNO Malaysia.
Gerak Kerja Pemuda UMNO Malaysia Kini Terus Turun Bertemu Anak2 Muda Generasi Pewaris Perjuangan.
PEMUDA UMNO PEMUDA DYNAMIC , WE WALK THE TALK.
Semoga Allah SWT Berkati Dan Permudahkan Segalanya Insyallah.
#PemudaDynamic
#RoadTripUSA
#1Hati1Suara1Pemuda
Thursday, June 19, 2014
Pemuda UMNO Msia Di USA
Alhamdulillah kami panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberi kekuatan kepada kami dalam meneruskan perjuangan kami ini. Sepanjang lawatan kami ke New York City & Philadelphia kami telah menemui beberapa kumpulan anak muda yang darahnya mengalir darah UMNO.
Perjuangan adalah satu pelaksanaan kata-kata. Lawatan kami ke Amerika Syarikat ini diketuai Naib Ketua Pemuda Sdr Khairul Azwan. Sepanjang berada di NYC kami mengunjungi Kelab UMNO East Coast. Kami turut dapat meluangkan masa bertanya khabar dan dalam misi menyelami jiwa mereka.
Para pelajar KULN East Coast telah membawa kami ke Restoran Rasa iaitu sebuah restoran yang dimiliki orang Malaysia. Mereka Inilah pewaris perjuangan.
Di Philadelphia, satu sejarah telah tercipta dengan penubuhan Kelab UMNO Luar Negara Philadelphia. Sdr Khairul Azwan telah mewakili Datuk Seri Shabery Cheek menyerahkan surat penubuhan kepada Pengerusi Penaja KULN Philadelphia dalam satu majlis santai.
Tubuhnya KULN Philadelphia oleh 65 pelajar Drexel University, Temple University dan juga Upenn. Sudah pasti semangat setiakawan mereka dalam menuntut perubahan dalam parti menjadi sebab KULN Philadelphia ini ditubuhkan.
Inilah Pemuda yang akan mewarisi Perjuangan UMNO, ini bukti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih relevan dalam kalangan pelajar-pelajar di Amerika Syarikat. Mereka meletakkan nilai kesetiakawan sebagai satu asas perjuangan mereka.
Selepas ini, kami akan sambung perjalanan ke Washington DC untuk berjumpa Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Datuk Awang Adek Hussin untuk merangka satu rancangan/program akan datang di Amerika Syarikat.
Ini merupakan pertama kalinya program sebegini dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan progresif YB Khairy Jamaluddin dalam mendekati para pelajar yang berada di luar negara.
Doakan kami di sini agar diberikan kekuatan dalam menongkah arus perjuangan survival bangsa tercinta ini.
Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Kearah Gerakan Pemuda Dinamik.
#DynamicsPemuda #1Nadi1Harapan1SuaraPemuda




.jpg)






