Tuesday, July 31, 2012
AP Nak Tender, Lagi Mahal Lar Keta!!!!
PKR hari ini mendedahkan bahagian kedua cadangan dasar automotifnya yang melibatkan pelan untuk menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun sehingga 2015.
Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata, rancangan itu akan menjana RM2.8 bilion dalam pulangan kerajaan bagi mengurangkan kesan pengurangan eksais dan cukai jualan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion setahun.
PKR juga mencadangkan supaya AP berkenaan dijual secara bidaan tiga peringkat, dengan bidaan permulaan untuk kenderaan efisien tenaga bermula pada RM10,000, kereta biasa pada RM20,000 dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi.
Rafizi berkata, PKR percaya bahawa harga purata untuk setiap AP akan mencecah RM40,000 setiap tahun, yang akan menghasilkan pulangan sebanyak RM2.8 bilion setahun.
Kelakar betul lar si Rafizi ni, kalau AP tersebut ditenderkan dan dijual pada harga mencecah rm40,000 adakah ianya akan menurunkan harga kenderaan? Jawapannya tidak kerana jika harga AP mencecah rm40,000 sudah pasti syarikat2 yang terlibat akan naikkan harga jualan kenderaan mereka.
Jadi ini bukan penyelesaian masalah tetapi hanya akan menambahkan dan membuat harga jualan kenderaan kereta tersebut meningkat.
Menurut Presiden PEKEMA Dato Zainuddin, harga AP kini yang harus dibayar kepada pihak kerajaan adalah rm10,000 tidak termasuk cukai kenderaan. Maka cadangan budak hingus yang giler nak jadi Calon PRU13 Rafizi ni utk buat tender terbuka AP bukanlah penyelesaian masalah harga kenderaan, malah hanya akan membebankan penguna dan pembeli kerana bila harga AP meningkat rm40,000 sudah pasti ianya juga akan meningkatkan harga kenderaan.
Cadangan tersebut hanya merugikan dan membebankan Rakyat, inikah dikatakan kerajaan kebajikan atau kerajaan berjanji? Lain kali kajilah dahulu statement sblom buat kenyataan yang hanya akan nampak kebodohan dirinya hanya kerana nak glamour cepat untuk jadi calon PRU13 nanti.
Cadangan yang lebih baik daripada pihak Suara Anak Muda 1Msia adalah pihak kerajaan membuat kajian baru dasar dlm pengendalian cukai import kenderaan. pengurangan cukai adalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan harga kenderaan import bukannya tender terbuka AP
Saya yakin jika pihak kerajaan mencari satu mekanisma baru tentang pengurangan cukai kenderaan dan mengurangkan bayaran rm10,000 drpd syarikat2 AP atau mengurangkan cukai kenderaan akan dapat mengurangkan harga kenderaan dipasaran.
Saya rasakan ini lebih baik drpd membuat tender terbuka AP dimana ianya bukan penyelesaian harga kereta tetapi hanya akan membebankan Rakyat.
Sunday, July 29, 2012
PAKATAN KELUAR RAMAI. JGN INGAT MSIA LUPA
Kesian Tgk Rejim PAKATAN heboh pasal amik 2ekor Virus BN di Sabah.
Depa lupa kah yang dlm sejarah, Rejim Pakatan lah yang paling ramai keluar parti hingga saya rasakan bole dicadangkan masuk Malaysian Book Of Record, kerana paling ramai Ahli Parlimen dan Adun keluar Pakatan tak sampai 1Term.
Bersama-sama ini saya senaraikan Ahli REJIM PAKATAN yang sudah meninggalkan Parti Bingai ini....
1 - Bekas Timbalan Presiden,
Dr. Chandra Muzaffar
2 - Bekas Ketua Angkatan Muda
Ezam Mohd. Noor
3 - Ketua Penerangan
Ruslan Kassim
4 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)
Zainur Zakaria
5 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)
Datuk S. Nallakarupan
6 - Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
7 - Bekas Naib Presiden
Marina Yusuff
8 - Bekas Setiausaha Agung
Mohd. Annuar Tahir
9 - Bekas Setiausaha Sulit Anwar
Anuar Shaari
10 - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan
Lokman Noor Adam
11 - Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan
Muhammad Zahid Md Arip
12 - Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan
Hamdan Taha
13 - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Salehuddin Hashim
14 - Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah
Faizal Julaili
15 - Setiausaha PKR Bahagian Papar
Awang Mumin Awang Marali
16 - Bekas Bendahari Agung
Abdul Rahman Osman
17 - Bekas Naib Presiden PKR
Saidatul Badru Tun Said Keruak
18 - Naib Presiden
Jeffrey Kitingan
19 - Datuk Zaid Ibrahim
20 - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor
Nazaruddin Darmawan
21 - Ketua Wanita Kuala Selangor
Fauziah Sulaiman
22 - Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR,
AbdUl Manap Shahardin
23 - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor
Datuk Dr Halili Rahmat
24 - Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak
Soraya Sulaiman
25 - Timbalan Ketua PKR Bagan Serai
Roshanita Mohd Basir
26 - Ketua Wanita PKR Pulau Pinang
Aminah Abdullah
Kerusi Parlimen
1 - Ahli Parlimen Bayan Baru -
Datuk Seri Zahrain Mohamed
2 - Ahli Parlimen Nibong Tebal -
Tan Tee Beng
3 - Ahli Parlimen Bagan Serai -
Mohsin Shamsuri
4 - Ahli Parlimen Kulim Baru -
Zulkifli Nordin
5 - Ahli Parlimen Wangsa Maju -
Wee Choo Keong
6 - Ahli Parlimen Padang Serai
N. Gobalakhrinan
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
1 - Adun Behrang -
Jamaluddin Mohd Radzi
2 - Adun Changkat Jering -
Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3 - Adun Ngemah -
Gabriel Adit Demong
4 - Adun Lunas -
Md Radzi Salleh
5 - Adun Pelabuhan Klang -
Badrul Hisham Abdullah
6 - Adun Bukit Selambau -
V. Arumugam
7 - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang -
Fairus KhairuddIn
8 - Dato Dr Hassan Ali
Friday, July 27, 2012
KENAPA TANDA PUTERA BANTAH? NASI LEMAK 2.0 LEPAS PULAK!!!!
PENTING...!! Penjelasan Kenapa Penjilat Penjilat TEGAR Fahaman DAP Panas Dan Benci Filem TANDA PUTERA
Dalam filem ini diceritakan bagaimana biadapnya ahli ahli DAP mengusir kaum melayu dengan penyapu untuk keluar dari bumi Kuala Lumpur. Perkataan yang kasar keluar dari mulut orang cina menyebut “Melayu Pergi Mati..!” jelas dapat disaksikan dalam filem ini. Begitulah juga adegan kaum cina menanggalkan seluar untuk menayangkan punggungnya kepada melayu.
Tolong perhatikan diatas sekali [lihat anak panah warna putih] pada poster asal filem TANDA PUTERA. Poster itu sebenarnya adalah poster asal filem ini… TETAPI, tagline itu “terpaksa” dipadamkan kerana “nasihat” daripada pihak pihak tertentu agar pengundi DAP tidak tersinggung, maka terpaksalah "disorok" fakta sebenar..!!
Lebih membara dan membakar darah kaum melayu apabila dalam filem ini turut juga ditayangkan adegan Lim Kit Siang bertindak kencing bendera negeri Selangor …!
Filem Tanda Putera ini juga menceritakan bagaimana dua pemimpin utama negara iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail hampir berkorban nyawa demi memastikan keamanan dan keharmonian yang kita warisi dan ambil mudah pada hari ini.
Setelah hidup dalam keharmonian buat sekian lama di negara yang tercinta ini, tanpa pergolakan atau bencana besar seperti yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik di luar negara, agak mudah kita terlupa pada hadiah yang tidak ternilai daripada kedua-dua pemimpin ini. …
Jadi, walau apa pun yang kita lakukan, peliharalah dan pastikan kita tidak kehilangan warisan yang tidak ternilai ini.
Cerita ini berdasarkan peristiwa sebenar dan dokumen sejarah serta yang ada di internet. Beberapa watak, antaranya watak pelajar universiti dan pensyarah, adalah watak cereka bagi kesan dramatik untuk menggerakkan perjalanan cerita.
SINOPSIS
TANDA PUTERA mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga…!
Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara.
Tun Razak juga yakin Tun Dr Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi pemergian Tun Dr Ismail yang tidak disangka-sangka kerana serangan sakit jantung merupakan satu kejutan besar buat Tun Razak dan hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Beliau mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara walau pun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis Tertinggi Negara….!
Tun Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam.
Mereka membunuh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak dengan kejam….! Ditembak dari jarak dekat.
Cubaan membunuh DSP Kulasingam gagal. Beliau terselamat walau pun ditembak 18 das....! IGP baru, Hanif Omar, berjanji tidak akan berhenti mencari mereka yang bertanggung jawab sehingga tertangkap.
Polisi Tun Razak mula berkesan dan membawa rakyat miskin keluar daripada perangkap kemiskinan tegar. Beliau menjadi simbol harapan dan menanam semangat baru dalam diri ramai anak anak muda.
Tun Razak cuba melawan penyakitnya…., dan didorong keinginan untuk pulang ke tanahair! Walaupun doktor tidak membenarkannya.
Namun perjuangannya berakhir di sebuah klinik di London apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir, tanpa disedari rakyat Malaysia yang dikasihinya.
Kepada mereka yang berpeluang menghadiri Pra Tonton Filem TANDA PUTERA pada 18 Julai yang lalu, hampir keseluruhan mereka memberikan komen yang serupa “...generasi muda melayu akan lebih faham perjuangan tokoh pemimpin pemimpin yang terdahulu dan akan mengenali wajah sebenar dan hati budi jahat pemimpin DAP yang terbukti Chauvanist…!!
Dalam filem ini penonton akan mendapat peluang keemasan mengenali lebih dekat karektor Tun Dr Ismail. Seorang pemimpin yang sangat tegas dan berani. Kebijaksanaan beliau banyak membantu Tun Razak menangani cara membendung keganasan pihak Komunis yang terlalu menggila membuat hura hara mengkucar-kacirkan keamanan negara.
Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan isteri, Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Norashikin Mohd Seth.
Kini gerombolan penjiat penjilat tegar DAP sudah mula panas dengan kehadiran filem ini yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi..! Mereka sudah mula menyerang facebook TANDA PUTERA dengan pelbagai kata kata nista dan cacian….
Beberapa rakan bloggers yang berpeluang hadir ke Pra Tonton filem TANDA PUTERA ini sependapat bahawa, sekiranya anak anak melayu yang selesai menonton filem menarik ini TETAPI tidak timbul perasaan marah terhadap kebiadapan DAP dan TIDAK lahir perasaan sedih menyaksikan betapa besarnya pengorbanan Tun Razak dan Tun Dr Ismail, mereka bukanlah berasal dari darah melayu dan tidak ada langsung semangat Nasionalisme…!
Buat anda yang ingin memberikan sokongan kepada filem ini, sila ke facebook TANDA PUTERA
Thursday, July 26, 2012
Are U A Leader?
Hi There My Famillia Quotes For Today, All Of Us Are Born Leader.
"The more reasons you have for achieving your goal, the more determined you will become." - Brian Tracy
"What you get by achieving your goals is as important as what you become by achieving your goals." - Henry David Thoreau
"Be not afraid of greatness: some are born great, some achieve greatness, and some have greatness thrust upon them." - William Shakespeare
Armand
I Love To Serve
Wednesday, July 25, 2012
BN Steady, Pakatan Goyang PRU13 Wooooo
WEDNESDAY, JULY 25, 2012
Anwar Dan Rejim Pembangkang akan PANIK DAN RISAU Dengan Kajian Terbaru Ini!
Satu kajian yang menarik dan pasti menimbulkan keresahan Anwar dan Rejim Pakatan!!!
Sila baca di bawah :
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula negeri Selangor dan Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.
Kajian dari 10,000 orang yang ditemubual menunjukkan bahawa 65.3 peratus dari rakyat Selangor berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin PR tidak bersefahaman dalam menangani isu, sementara 66.4 peratus berkata masalah sosial meningkat sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.
Lima puluh lima peratus lagi merasakan PR tidak dapat menyelesaikan masalah seperti murtad dan masalah berkaitan dengan agama.
Kajian menunjukkan di kawasan seperti Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok, Dengkil dan Meru mengatakan bahawa 45.4 peratus akan menyokong BN dalam pilihan raya, 37.3 peratus akan menyokong PR sementara 17.3 lagi tidak pasti.
Sementara itu di Kedah, 51 peratus dari rakyat yang ditemubual mengatakan Menteri Besar (MB) merupakan seorang yang baik, namun, 63 peratus mengatakan bahawa tidak ada kesefahaman antara kepemimpin PAS dalam memerintah Kedah.
Enam puluh lapan peratus lagi mengatakan kerajaan Kedah tidak efisyen, dan 80 peratus mengatakan tentang kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak mengambil berat tentang isu persekitaran terutamanya pembalakan.
Lima puluh lapan peratus mengatakan bahawa penyelenggaraan infrastruktur yang tidak cekap, sementara 72.8 peratus lagi mengatakan bahawa kerajaan tidak prihatin tentang isu rakyat.
Enam puluh sembilan peratus mengatakan bahawa BN akan menang pilihan raya dengan 37.5 peratus mengatakan bahawa BN akan menang 2/3 majoriti, manakala 32.1 lagi berkata BN menang majoriti mudah.
Dari segi Dun pula, 54.1 peratus akan dimenangi oleh BN, 14.4 peratus akan dimenangi oleh PAS, manakala 3 peratus lagi akan mengundi PKR.
Dari segi undi Parlimen pula, 57 peratus mengatakan BN akan menang, 20.6 peratus memilih PR sementara itu 22.4 peratus tidak pasti.
Antara sebab-sebab kenapa rakyat memilih BN kerana interaksi antara Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook, serta dasar-dasar mesra rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sebagainya
Alhamdulilah, Semoga Seluruh Rakyat Malaysia Sedar Mana Pilihan Terbaik PRU13 BN "Janji Di Tepati" Atau Rejim Pakatan "Saudagar Janji"
Saya Pilih Barisan Nasional...
Bicara Tokoh bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad
Wahai Bangsa kita Bangsa Melayu Bumiputera.
Kita perhalusi kata2 Tun M nie baik2.
Walaupun ada yg benci kepadanya dengan penuh prejudis harus kita ingat dia pmimpin negara kita yg banyak berfikir di luar kotak pemikiran biasa bumiputera & meletakan negara kita mencapai kejayaan dan kcemerlangan yang diperakukan oleh pihak antarabangsa.
Jgn bila dia dah tiada negara kita menjadi apa2 kelak baru kita ambik kata2nya jd iktibar. Ingatlah Wahai Melayu Bumiputera.
Jgn Mudah Lupa!!!!!
GPRS Jelajah Seluruh Selangor Perjelas isu air
KITA DOAKAN SEMOGA ISU AIR INI AKAN DISELESAIKAN DEMI RAKYAT SELANGOR. SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMOGA SELANGOR SELAMAT DARIPADA MASALAH AIR.
MASALAH SAMPAH TAK SELESAI KINI MASALAH AIR PULAK...HANCUR2
Tuesday, July 24, 2012
Dahulu Alam Flora, Kini Syabas..Mangsa Rakyat Selangor
Dahulu Kerajaan Rejim Pakatan Selangor Kata Kita Mahu Lupuskan Alam Flora Kerana Servis Alam Flora Teruk Jika Kerajaan Pakatan Amik Alih Isu Sampah Selangor Akan Jadi Lebih Baik..
Tapi Apa Yang Mereka Kata Dan Janji Akhirnya Jutaan Rakyat Selangor Kini Merintih Marah Kerana Isu Sampah Berpanjangan Dan Tidak Dapat di Selesaikan Sehingga Kini.
Isu Sampah Kian Menjadi2 Di Seluruh Selangor Dan Ibarat Seperti Tiada Penyelesaian Isu Sampah.
Kini Kerajaan Rejim Pakatan Nak Amik Alih SYABAS Pulak Dan Katakan Mereka Boleh Menyelesaikan Isu Air Selangor..
Apalagi Rejim Pakatan Ni Nak Buat. Betulkah Rejim Ni Buat Janji Lagi Untuk Isu Air Negeri Selangor..Janji2 Menifesto PRU12 Dahulu Pun Tak Selesai2 Lagi, Kini Berjanji Isu Air Pulak.
Akhirnya Yang Akan Terseksa Dan Menangis Adalah Jutaan Rakyat Selangor, Kerana Janji2 Langit Dan Bulan Rejim Pakatan.
Jika BN Laungkan "Janji Di Tepati", Kita Boleh Katakan Rejim Pakatan Laungkan "Janji2 Manis Kami"
Kalau Nak Glamour Dalam Politik Janganlah Sampai Buat Rakyat Jadi Mangsa Mainan Politik Rejim Pakatan Selangor. Mana Kebertanggungjawapan Anda Pada Rakyat Atau Laungan Rakyat Isu Hanya Laungan Retorik Politik Sahaja
Saya Mewakili Suara Anak Muda 1Msia Harap Isu Air Ni Diselesaikan Dengan Baik Oleh Pihak BN Dan Pakatan Kerana Rakyat Adalah Tanggungjawab Bersama..
Saya Sayangkan Rakyat Selangor, Janganlah Buat Rakyat Selangor Sebagai Mangsa Mainan Politik...Selesaikan Isu Air Segera.
Semoga Barisan Kepimpinan Dapat Selesaikan Isu Ini Demi Kepentingan Rakyat...Wasalam.
Monday, July 23, 2012
"Kami Anak Merdeka" Rempit United
KUALA LUMPUR -Laungan "Kami Anak Merdeka" Suara Anak Muda 1Malaysia menyokong usaha Rempit United ni turut tidak melepaskan peluang melakukan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadhan ini. Ni menunjukkan semangat anak merdeka yang sayangkan negara.
Suara Anak Muda 1Malaysia Bersama2 Dlm Program "Jangan Lupa DERR", Program Agihan 50,000 Bungkus Bubur Lambuk Seluruh Malaysia Oleh Rempit United Hari ini. Salah Satu Lokasi Hot Di Depan DBKL Kg Baru(Kedai Nasi Lemak Pak Hassan) Hari Ni Kul 3ptg & Temui Wazi Abd Hamid, Adi Putra ,Intan Lidyana & Sari Yanti , Kami Anak Merdeka, Kami Sayangkan Malaysia
Pertubuhan Penunggang Motorsikal Bersatu Malaysia atau Rempit United (RU) yang dianggotai oleh golongan anak-anak muda yang gila bermotorsikal ini diketuai oleh jaguh permotoran negara Wazi Abdul Hamid Evolusi perubahan untuk membantu anak2 muda rempit memahami mereka juga anak merdeka dan juga mempunyai tanggungjawap pada negara.
Wazi Abdul Hamid - Presiden Rempit United
Rempit United yang ditubuhkan bertujuan untuk memastikan golongan anak muda yang gila bermotorsikal atau 'mat rempit' tidak dihukum sewenang-wenangnya dan dipandang serong oleh masyarakat kita. Satu kampung ngan saya daripada Tambun Perak
Selain itu Rempit United turut menyediakan platform yang baru kepada golongan 'mat rempit' untuk mempamerkan bakat serta kebolehan mereka dalam bidang permotoran melalui cara yang betul. Serta memberikan peluag kedua dalam hidup mereka untuk berubah kearah hidup yang lebih positif. Kini program-program sukarelawan disertai oleh mereka serta dapat membuangkan persepsi negatif masyarakat terhadap mereka.
Melalui penganjuran program kebajikan sebegini, sedikit sebanyak dilihat dapat memperbetulkan kembali tanggapan negatif masyarakat serta membuktikan bahawa golongan anak muda yang dilabel sebagai'mat rempit' atau samseng jalanan ini juga mampu melakukan kerja-kerja amal kebajikan jika mereka diberikan peluang.
Selain Wazi Abdul Hamid dua artis popular tanahair iaitu Adi Putra dan pelakon genit Sari Yanti turut bersama memeriahkan lagi pengagihan 'Bubur Lambuk Percuma' Rempit United
Ribuan warga kota tidak lepaskan peluang untuk menikmati keenakan bubur lambuk percuma dari Rempit United serta beramah-mesra bersama dua selebriti popular ini pada 23 Julai 2012 (Isnin) di Jalan Raja Abdullah berhadapan dengan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 3.00 petang.
Suara Anak Muda 1Malaysia Bersama2 Dlm Program "Jangan Lupa DERR", Program Agihan 50,000 Bungkus Bubur Lambuk Seluruh Malaysia Oleh Rempit United Hari ini. Salah Satu Lokasi Hot Di Depan DBKL Kg Baru(Kedai Nasi Lemak Pak Hassan) Hari Ni Kul 3ptg & Temui Wazi Abd Hamid, Adi Putra ,Intan Lidyana & Sari Yanti , Kami Anak Merdeka, Kami Sayangkan Malaysia
Pertubuhan Penunggang Motorsikal Bersatu Malaysia atau Rempit United (RU) yang dianggotai oleh golongan anak-anak muda yang gila bermotorsikal ini diketuai oleh jaguh permotoran negara Wazi Abdul Hamid Evolusi perubahan untuk membantu anak2 muda rempit memahami mereka juga anak merdeka dan juga mempunyai tanggungjawap pada negara.
Wazi Abdul Hamid - Presiden Rempit United
Rempit United yang ditubuhkan bertujuan untuk memastikan golongan anak muda yang gila bermotorsikal atau 'mat rempit' tidak dihukum sewenang-wenangnya dan dipandang serong oleh masyarakat kita. Satu kampung ngan saya daripada Tambun Perak
Selain itu Rempit United turut menyediakan platform yang baru kepada golongan 'mat rempit' untuk mempamerkan bakat serta kebolehan mereka dalam bidang permotoran melalui cara yang betul. Serta memberikan peluag kedua dalam hidup mereka untuk berubah kearah hidup yang lebih positif. Kini program-program sukarelawan disertai oleh mereka serta dapat membuangkan persepsi negatif masyarakat terhadap mereka.
Melalui penganjuran program kebajikan sebegini, sedikit sebanyak dilihat dapat memperbetulkan kembali tanggapan negatif masyarakat serta membuktikan bahawa golongan anak muda yang dilabel sebagai'mat rempit' atau samseng jalanan ini juga mampu melakukan kerja-kerja amal kebajikan jika mereka diberikan peluang.
Selain Wazi Abdul Hamid dua artis popular tanahair iaitu Adi Putra dan pelakon genit Sari Yanti turut bersama memeriahkan lagi pengagihan 'Bubur Lambuk Percuma' Rempit United
Ribuan warga kota tidak lepaskan peluang untuk menikmati keenakan bubur lambuk percuma dari Rempit United serta beramah-mesra bersama dua selebriti popular ini pada 23 Julai 2012 (Isnin) di Jalan Raja Abdullah berhadapan dengan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 3.00 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)