Thursday, July 9, 2015

Ds Ismail Sabri Jalan Kaki 3Jam Kerana Gelandangan Bersama Briged Dan SAM1M


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 yang dihormati



Ini adalah kali ke 4 Program Kami Prihatin yg dilaksanakan oleh Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia bersama sukarelawan sahabat2 NGO yg sudi bersama.


Kali ini alhamdulilah syukur YB Ds Ismail Sabri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sudi bersama2 dalam Program "Kami Prihatin" Bermula seawal 11.30 malam bertempat di Jalan Raja Laut kami memberikan bantuan makanan, minuman , ubatan dan alat pembersih diri.




Kami bermula dengan bacaan doa utk mempermudahkan program kemudian berjalan drpd Jalan Raja Laut sehingga ke Jalan Masjid India disekitar lorong2 kecil untuk menyerahkan bantuan dan diakhiri di Menara Maybank jalan Pudu pada jam 2pagi.



Jutaan terima kasih pada Ds Ismail Sabri yg bersama2 berjalan kaki sejak awal hingga tamat program "Kami Prihatin".




Alhamdulilah kali ni kami menyumbangkan bantuan sebanyak lebih 700bungkus makanan dan minuman.




Ucapan jutaan terima kasih pada kehadiran sukarelawan melebihi 78orang sejak awal hingga tamat. Hanya Allah WT yang boleh membalas jasa anda.



Pada team keluarga Briged Dan SAM1M semua adalah sumber kekuatan perjalanan politik saya, semoga persahabatan kita berkekalan sehingga akhir hayat. Rapatkan saf dan perpaduan ukhwah sesama kita.






Korang terbaek, respect dan salute #WeAreFamily #Kita1Hati

Sunday, July 5, 2015

Jom Beli Barangan Bumiputra "Kalau bukan kita, siapa lagi"



Assalamualaikum sahabat2 yg dihormati,

Pejam celik dan nak menyambut hari raya aidil fitri tidak lama lagi. Semua keluarga akan sibuk beli barangan keperluan bagi menyambut syawal tidak lama lagi.


Saya ingin menyaran sahabat2 semua utk bantu tingkatkan ekonomi bumiputra bagi menyambut bulan syawal ni. Kalau bukan kita siapa lagi nak bantu.


Saya mohon jasa baik sahabat2 untuk beli baju raya drpd peniaga bumiputra, servis kenderaan drpd syarikat bumiputra, beli handphone raya drpd peniaga bumiputra dan kalau boleh semua barangan drpd peniaga2 bumiputra.


Saya bangga lihat generasi muda yg kini menjadi peniaga secara online terutama dalam jualan design2 baju yang saya lihat setaraf dengan barangan luar negara. Saya yakin jika kita semua mula beli barangan bumiputra, masa hadapan utk bumiputra berjaya dalam perniagaan akan bertambah terutama buat generasi muda yang sangat kreatif.


Bagi yg nak beli barangan keperluan asas rumah, saya berikan jenama syarikat bumiputra yg wajib kita sokongan dan bantu.

JOM BELI BARANGAN BUMIPUTRA

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar)
2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D’herbs
33. Pasaraya Mydin
34. Pasaraya MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung
36. Burger Ramly
37. Air Mineral Eden
38. Air Mineral Ala Fonte (Mofaz)
39. Beras Faeza
40. Beras Langsat
41. Kicap Adabi
42. Kicap Cap Kipas Udang
43. Minyak Masak Alif
44. Nugget Ayamas
45. Sos Rohaya
46. Sos Adabi
47. White Coffee 9 in1. Raziana Industries. Kalau  pembekal x mau turun harga.Kita beli saja brgan Melayu.Kita buat mcm selepas 13 Mei 1969...keluh kesah taukeh2 Cina bila brgan depa di pulaukan..
KEMPEN TURUN HARGA 1: Melayu ada minyak masak sendiri, kenapa beli minyak masak cina? -LIKE

Ayam halalan toyyibaa...
1. Ayam Hijrah 
2. Ayam Az- zain

Sokong minyak masak Melayu
1. Saji -Felda
2. Tiara -Felda
3. Alif -SimeDarby
4. Olife -SimeDarby
5. Adela Sunflower/Canola -Felda
6. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)

Jom kita sama sama bantu SHARE sebab ramai orang BUMIPUTRA yang masih tak tau produk mereka sendiri dan masih membeli minyak bukan milik BUMIPUTRA.

Semoga usaha kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT insyallah.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

"Kalau bulan kita, siapa lagi"

Ikhlas daripada
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia



Friday, June 19, 2015

GUAN ENG "PELACUR POLITIK"


Assalamualaikum dan salam 1perjuangan sahabat2 yg saya hormati,

Didalam bulan ramadan, dikala umat islam menyambutnya dengan perasaan bersyukur dan kesabaran, sepertimana dituntut oleh agama islam.


Tercetus satu isu di Pulau Pinang dimana Ketua Menterinya Lim Guan Eng mengarahkan merobohkan tulisan UMNO dikawasan pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang. Isu ini kini tersebar dimedia2 sosial dan telah menyemarakkan api kemarahan orang2 UMNO bukan sahaja di Pulau Pinang malah seluruh negara.

Bagi saya tindakan Guan Eng melakukan ini ibarat "PELACUR POLITIK" untuk mengalihkan isu utama iaitu perpecahan didalam PAKATAN.


Cara beliau ini boleh ibarat perangai Tentera Israel Laknatullah yang akan menyerang bumi GAZA tiap kali bulan ramadan utk menguji kekuatan dan kesabaran umat islam dalam bulan ramadan. 


Adakah beliau mahukan umat islam hilang pegangan dan kesabaran pada bulan yang mulia ini dengan menunjukan kuasa beliau sebagai Ketua Menyeri Pulau Pinang tanpa mengambil peduli sensitiviti umat islam terutama buat orang UMNO. 


Kalau ianya pun tulisan dikawasan tersebut belum mendapat kelulusan kerajaan tempatan, bukankah ianya boleh dibincangkan antara pihak UMNO Pulau Pinang dan Kerajaan Tempatan utk mendapatkan kelulusan, atau pun boleh mengeluarkan saman amaran. Tetapi kerajaan negeri mengambil pendekatan yg tidak demokratik langsung. Jelas disini DAP bukan sebuah parti politik yg Demokratik tetapi lebih kerah parti politik "KUKUBESI" ibarat "Israel Laknatullah"

Bagi saya GUAN ENG adalah "PELACUR POLITIK" yang takut dengan bayang2 sendiri.

Pada kepimpinan Barisan Nasional negeri2 baik kita semak samada pejabat2 DAP atau rakan sekutu mereka mempunyai kelulusan atau tidak untuk menaikkan papan2 tanda baik dipejabat mereka atau dikawasan mereka.

Saya mohon DBKL check logo DAP di Wenworth Hotel di Jalan Pasar mempunyai kelulusan atau tidak jika tiada, mohon pihak kerajaan tempatan utk mengambil tindakan melalui sistem undang2 yang ada.


Wahai "PELACUR POLITIK" janganlah cemari bulan ramadan ini dengan menaikan api kebencian dan buat umat islam hilang kesabaran diwaktu kita diuji utk ada sifat kesabaran dan buang nafsu kebencian pada bulan ramadan ini.

Saya doakan semoga Allah SWT berikan kesabaran, kekuatan dan keberkatan pada semua umat islam pada bulan ramadan ini.

Kita umat islam yg bijaksana ,pandai serta penuh keimanan dan kesabaran.

Selamat Menyambut Ramadan.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda












Friday, June 12, 2015

Pemuda UMNO bersama Malim Gunung Kinabalu #DoaUtkSabah



Salam sahabat2 yang dihormati,

Berita bencana alam di Sabah telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. 


Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui program BrigedPrihatin yang dipertanggungjawabkan bila ada bencana dan sebagainya ingin mengucapkan takziah pada rakyat Sabah atas apa yg telah berlaku.


Hari ini saya ke Sabah melawat kawasan bencana bersama Sdr Khairul Azwan atau azwanbro naib ketua pemuda UMNO Malaysia, sdr Johari Bakar ketua pemuda UMNO negeri Trengganu, sdr Eddy Casmady naib pengerusi Briged Kesatria Muda dan sdr Ahmad Shamil pegawai war room pemuda UMNO Malaysia.


Tahniah pada Pemuda Sabah atas gerak kerja berterusan dlm bencana ini sejak hari pertama terutama pada Ketua Pemuda UMNO Ranau sdr Faez yg bertungkus lumus sejak hari pertama.


Kami melawat beberapa keluarga mangsa bencana yg meninggal dunia yg terdiri daripada Malim Gunung Kinabalu.



Sdr Khairul Azwan mewakili Pergerakan pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan MIC Malaysia memberikan sumbangan pada keluarga mangsa dan pada Persatuan Malim Gunung Kinabalu atas gerak kerja mereka menbantu mangsa bencana yg terperangkap di lokasi kejadian.



Sempat bertemu dengan seorang Malim Gunung bernama Riduan yg gambar beliau menjadi viral dimedia sosial kerana menyelamatkan mangsa yg terperangkat diatas gunung.


Alhamdulilah semua selesai dengan jaya seharian program di Ranau dan Kundasang melawat keluarga mangsa bencana serta bersama Malim Gunung Kinabalu. 


Terima kasih pada kepimpinan pemuda UMNO Sabah terutama Ketua Pemuda Ranau, Kota Belud dan Putatan atas layanan yg terbaek buat kami.



Semoga Allah SWT berkati dan permudahkan segalanya insyallah #Kita1Hati #Setiakawan #Pray4Sabah #DoaUtkSabah




























Monday, June 1, 2015

Bantah Kenaikan Gaji Amah Indonesia!!!!

I

Salam perjuangan, boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dalam isu kenaikan gaji daripada rm800 ke rm1200 bagi orang gaji drpd Indonesia. 

Pihak mereka perlu paham, makan minum, rumah dan pelbagai lagi kemudahan ditanggung oleh pihak majikan maka gaji mereka rm800 adalah bersih buat mereka. Saya secara tegas rasakan gaji rm800 adalah memadai dan mencukupi bagi mereka.

Rata2 mengatakan ianya hanya akan menambah beban perbelanjaan bagi keluarga yg mempunyai orang gaji. Perkara ini juga akan mendatangkan bebanan pada banyak keluarga terutama pasangan muda yg berumahtangga yg menpunyai anak kecil yg masih belum kekukuh sumber kewangan keluarga. Sekali saya lagi kita mohon ketegasan agar cadangan pihak mereka tidak dipersetujui. 

Kita mohon juga kenaikan gaji baik drpd sektor awam mahupun sektor swasta bagi rakyat Malaysia harus mula di lihat sebagai isu penting khususnya kita ingin melangkah kearah negara maju tidak lama lagi. 

Semoga Allah SWT berkati dan permudahkan segalanya buat rakyat Malaysia insyallah.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
#BrigedPrihatin #Kita1Hati #SayaAnakMalaysia

Monday, May 25, 2015

Ular Menyusur Akar Tidak Akan Hilang Bisanya



As Salam semua.

Buat renungan :

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." 

(HR Bukhari & Muslim)

Sunday, May 24, 2015

"Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Orang. Ikut Resam Padi, Makin Berisi, Makin Menunduk Ke Bumi


Sejarah melayu turun temurun,

Berzaman-zaman berkurun lamanya,
Sejarah menukilkan, 
riwayat menyebutkan, Perjuangan itu pangkal kejayaan.

Sejarah nyatakan sesudah hujan lebat,
Akan tumbuh bumi ini segar sihat,
Bukankah setelah air bah melimpah,
Sekali pantai berubah!

Akan sampai waktu mencapai hujung usaha, Adakah hasil atau kecewa,
Maka berjuang hebat itulah penutup kata,
Pemutus akhir hina atau mulia.

Bukankah berjuang itu pelbagai halangan, Hebat ngeri payah gelisah resah, Sifat berjuang juga ‘kan jadi hebat,
Bagi Perwira yang berhati tabah.

Kerana itulah disa’at pembangunan ini,
Jiwa semangat kita mesti tahan uji,
Berjuang sajalah lambang kita kini,
Dalam mencapai cita2 suci membela tanahair tercinta.

Diri terkurung sepi didalam buai, dengan menyandang status tawanan.jasa pahlawan tak terhargai,nyawa dan harta rela dikorbankan.

Diriku ibarat segumpal darah membentuk raga, berawal dari setetes mani.
dimedan perang engkau berlaga,
hadapi musuh gagah berani.

Diriku secarik kertas bertuliskan pesan,
untuk menjalin tali persaudaraan.
demi rakyat engkau berkorban,
tanpa mengharap suatu balasan.

Pesanan arwah jadi pegangan.

"Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Orang. Ikut Resam Padi, Makin Berisi, Makin Menunduk Ke Bumi"



Diriku bernama Armand Azha Hj Abu Hanifah. Aku rela dipenjarakan demi perjuanganku, tapi aku tak rela perjuanganku dipenjarakan.