Monday, April 20, 2015

Hang Tuah atau Hang Jebat?


Malam ini tertarik saya mengenai laksamana melayu yg hebat,

Kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, Siapa benar ? 

Ramai ada pendapat berbeza mengenai tajuk di atas, kita perlu melihat 'Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba' terlebih dahulu. Perjanjian ini dibuat sebelum kedatangan Islam ke Melaka. 

Perjanjian di antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba adalah satu ikatan perjanjian yang melahirkan konsep bersultan dan berhamba dalam masyarakat Melayu Beraja (Darmabakti, 1990). Konsep perjanjian itu adalah daulat dan derhaka di mana rakyat tidak derhaka kepada raja walaupun raja itu zalim dan jahat. Begitu juga halnya dengan Raja, tidak berbuat zalim kepada rakyat. Seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu :

"Barang siapa mengubahkan perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung-nya ke bawah, kaki tiangnya ke atas,"


Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu adalah seperti berikut :

Sembah Demang Lebar Daun : "Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertua: hendaklah ia diperbaiki  oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat: jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak,"

Titah Sang Sapurba : "Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada cucu kita, jikalau zalim dan jahat sekalipun,"

Maka sembah Demang Lebar Daun :
"Baiklah Tuanku, tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah,"

Apa yang kita boleh simpulkan daripada perjanjian di atas adalah, Raja tidak boleh berbuat zalim kepada rakyatnya, begitu juga dengan rakyat, rakyat mesti patuh dan taat setia kepada Raja walaupun Raja itu zalim atau jahat. Apabila Hang Tuah difitnah oleh Pati Karma Wijaya, Sultan Melaka tanpa usul periksa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah. 


Pada saat inilah muncul Hang Jebat bangkit menuntut keadilan. "Raja Adil Raja disembah, Raja Zalim Raja disanggah," Berbalik kepada perjanjian di atas, ternyata Raja yang dahulu telah mengubahnya, tanpa usul periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah walau pun sebelum ini Hang Tuah begitu setia dengan Sultan Melaka. 

Hang Tuah sanggup berkorban mempersembahkan kekasihnya iaitu Tun Teja kepada Sultan Melaka. Namun, Sultan tidak mengenang jasa-jasa Hang Tuah. Hang Jebat pula menuntut keadilan, mengamuk dan menyerang istana, sehinggakan Sultan menyesal dengan peristiwa itu. "Kalaulah Hang Tuah masih ada, sudah pasti kekacauan ini tidak akan berlaku," kata Sultan Melaka. Kemudian, Bendahara Melaka telah menjelaskan kepada Sultan bahawa Hang Tuah sebenarnya masih hidup. 


Selepas itu, Sultan memohon maaf kepada Hang Tuah dan menitahkannya agar membunuh Hang Jebat yang derhaka. Sebelum pertikaman di antara Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Tuah cuba memujuk Hang Jebat supaya memohon maaf kepada Sultan.

"Di daku tak ada erti menyesal Tuah. Aku berbuat atas keyakinanku, sebab Tuah atas nama persahabatan dan persaudaraan kita dan untuk apakah kesal itu bagiku kalau ia akan berbalik pula padamu kalau nanti kau akan membunuhku? Ya, barangkali benar kematianku ditanganmu, Apakah yang akan ku kesalkan pula, malah kalau nanti aku pula yang membunuhmu? pahlawan yang berbuat atas keyakinannya, percayalah Tuah, aku tak pernah menyesal," Kata Hang Jebat.

"Baiklah Hang jebat derhaka, aku tahu kau memang begitu dan untuk itu bukalah pintu supaya aku boleh naik dan bertikam denganmu," Jawab Hang Tuah.

"Engkau tidak berdosa memang ku akui Tuah, tapi taat setiamu itu menyebabkan aku tertawa dan begitu anehnya ku rasakan sekarang ketika orang yang menitahkan kematianmu kau junjung dengan segala kerelaan: seperti kau menjunjung titahnya sekarang untuk membunuh orang yang membela kematianmu," sahut Hang Jebat. 

"Aku datang tidak untuk mempertengkarkan siapa membela dan siapa menitahkan, aku datang untuk menentukan, menghukum, yang diwakilkan padaku untuk baginda menamatkan hidupmu yang telah derhaka," Hang Tuah melompat ke dalam. Kemudian, pertikaman telah tercetus di antara mereka berdua. Akhirnya, Hang Jebat rebah ditusuk Hang Tuah dengan keris Taming Sari.

Pada zaman sekarang, ajaran Agama Islam adalah tunggak dalam kehidupan, di mana Allah s.w.t adalah tempat kita memohon perlindungan dan menumpahkan taat setia kepada-Nya. Hang Jebat telah melangkaui zaman, sedangkan perjanjian itu hanyalah dibuat sebelum kedatangan Islam. 

Oleh itu, dalam hal ini untuk menentukan siapa benar dan siapa salah, biarlah kita menjawab dengan "Mata Hati" kita. Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar daripada kisah ini.


Siapa dalam diri kita Hang Tuah Atau Jebat?

Rujukan :

A. Samad Ahmad (2008). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darmabakti (1990). Sejarah Melayu. Negeri Sembilan : Minerva Publications.

Mana Sikana (1984). Keris Laksamana Bentan. Selangor : Penertbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.



Saturday, April 18, 2015

Sport Unite Us As One,


Salam sahabat2 yang dihormati,

Semalam perlawanan diantara dua kelab bola terbaek EPL Chelsea menentang Manchester United.

Sepertimana yg kita tahu, bila sebut team Chelsea nama pemimpin yg konsisten bersama CFC Malaysia adalah Ds Ismail Sabri dimana beliau merangkap penaung CFC Malaysia manakala bila kita sebut team Manchester United selalunya nama yg akan naik pasti Khairy Jamaluddin  (KJ) yang dilihat konsisten dlm sokongan pada Man U baik ketika diatas dan ketika dalam keadaan yg tidak baik kerana beliau berpegang pada konsep SETIAKAWAN.

Seperti mana yang kita tahu kedua2  menteri ini mempunyai aura tarikan tersendiri dimedia sosial. Ini bermula dgn gerakan penyokong team masing2 dimedia sosial yg mahu kedua2 mereka hadir bagi tontonan big screen.

Bermula ngan gerakan fans dimedia sosial akhirnya dijawap oleh Ds Ismail Sabri dimana beliau bersetuju untuk hadir bersama Soljabiru malah mencadangkan lokasi bagi big screen malah telah mencabar KJ utk hadir di media sosial.

Tidak lama selepas itu KJ menerima cabaran tersebut utk hadir bersama Gerakan Evolusi Manchester United Kelab atau singkatanya GEMUK.


   

Kehadiran kedua2 pemimpin bersama fans mereka begitu meriah sejak mula hingga akhir perlawanan dimana dimenangi oleh Chelsea 1-0.

Sikap kedua2 fans menunjukkan semangat  kesukanan yg begitu tinggi walaupun bersaing tetapi apabila wisel penamat dibunyikan kedua-dua fans begitu matang bersalaman dan mengucapkan tahniah pada pemenang perlawanan.

Tahniah saya ucapkan pada kesemua yg hadir terutama fans club yang begitu bersemangat sebelum perlawanan sehingga keakhir perlawanan.

Sekali lagi boleh saya nyatakan bahawa "Sukan Boleh Satukan Negara"

Pada kedua pemimpin yg konsisten bersama FC mereka , Ds Ismail Sabri dan KJ teruskan mendekati generasi muda baik dalam bandar mahupun luar bandar melalui sukan.

Sport Unite Us As One,











Thursday, April 16, 2015

"Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Salam sahabat2 yg dihormati,

Ramai tanya saya prinsip dlm diri saya. Bagi saya kita harus senantiasa ingat asal usul kita dan jangan kita malu,

"Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya"

-Persamaan ngan gerakan team pisang-

Orang yang mulia, berpangkat tinggi atau berkuasa tidak akan hilang martabatnya jikalau merendah diri ataupun bergaul dengah orang kebanyakan

Walau bagaimana tinggi pangkat sekalipun, seseorang itu hendaklah bersikap merendah diri dan bergaul dengan orang lain kerana jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Saya senantiasa ingatkkan diri saya sendiri mengikut kata2 seperti diatas.


Pegang saya dalam dunia politik banyak saya dapat nasihat drpd hero saya iaitu arwah bapa saya Hj Abu Hanifah Bin Nek dimana mengingatkan saya semasa baru nak bertatih dalam dunia politik suatu masa dahulu.

"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang armand"

"Bila kita maju senantiasa ikut resam padi armand, lagi berisi makin menunduk kemuka bumi"

"Senantiasa ingat asal usul kita armand"

"Sabar dalam apa jua cabaran armand, bukan mudah nak senangkan hati semua  orang dan bukan semua orang akan suka kita walau macamana baik pun kita buat kerja. Tapi Armand senantiasa berterima kasih pada yg selalu bersama dan sokong pasal merekalah sebenarnya kekuatan kamu"

"Kita bukan orang kaya, usaha kena kuat Armand"

Ni lah kata2 yg saya senantiasa pegang dlm diri saya..


Ini kata2 yg saya senantiasa pegang dalam diri saya utk terus menghadapi dunia perjuangan ini. Sama3 kita terus ngan agenda perjuangan anak bangsa dan martabat agama islam.


Walaupun dunia kian mencabar dan maju kehadapan tapi jangan sesekali kita lupa pada asas perjuangan kita.


Sama2 kita senantiasa berdoa dan bersyukur kehadrat Allah SWT. Terima kasih pada isteri, anak2 , keluargaku , sahabat2 seperjuangan diseluruh negara, kekanda2 , ayahanda2 , otai2 yang senantiasa menyokong serta sumber kekuatan ku utk terus bawa obor perjuangan ni kehadapan.

Berkata benar walaupun ianya pahit.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Drpd Akar Umbi Utk Akar Umbi
Aku Anak Kampung
Kita1Hati
Team Pisang















Monday, April 13, 2015

UMNO, rapatkan saf dan barisan demi institusi


Salam sahabat2 yg dihormati,

Sejarah jgn kita lupa,

Sejak kebelakangan ini pelbagai suara dibawah mahupun diatas, baik drpd dalam UMNO mahupun luar sibuk berbicara tentang isu Tun M dan YAB Ds Najib.

Tertarik hari kecil saya untuk berikan pandangan selaku pemimpin muda dalam institusi UMNO.


Sepertimana kita tahu UMNO sebuah institusi politik yang mempunyai pemilihan kepimpinan dan suara akar umbi merupakan kekuatan UMNO sejak ditubuhkan hingga kini.


Pelbagai cabaran UMNO telah lalui sejak ditubuhkan hingga kini, tapi apa yg pasti pemimpin dalam UMNO datang dan pergi tapi institusi UMNO kekal.

Ini salah satu sumber kekuatan UMNO sebagai sebuah institusi politik di tanah air tercinta.

Kritikan mantan Presiden UMNO juga merangkap mantan Perdana Menteri Malaysia kebelakangan ini dilihat mengasak bertalu2 terhadap kepimpinan YAB Ds Najib.


Bagi saya UMNO adalah sebuah insitusi dan parti politik yang matang serta mengangkat erti sebenar kebebasan bersuara tapi harus dengan tanggungjawab pada kepentingan institusi parti.


Teguran Tun M terpulang pada penilaian masing2 samada nak amik ianya drpd sudut Positif mahupun Negatif.


Bagi saya harus diamik drpd sudut positif dan perbaiki kelemahan yang ada serta terus kehadapan, rapatkan saf dan barisan.

Zaman Tun M pernah ada desakan begitu kuat utk beliau letak jawatan ketika beliau PM. Jgn kita lupa sejarah semangat 46 (Ku Li ) ,Keadilan (Anwar) dan Mantan Presiden UMNO merangkap Mantan Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman.


Desakan begitu kuat ketika itu sehingga tertubuh parti politik serpihan seperti Semangat 46 dan Keadilan kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan Tun M , tetapi sebagai sebuah institusi semua kepimpinan drpd peringkat tertinggi hingga keperingkat akar umbi berdiri teguh menyokong Tun M kerana beliau ketika itu merupakan pemimpin no 1 UMNO dan Perdana Menteri.


Sokongan kuat kepimpinan Tun M akhirnya membuat rakyat kembali menyokong UMNO...


Kini sejarah berulang kembali, dimana desakan letak jawatan pada Presiden UMNO dan PM YAB Ds Najib kuat ditiup oleh Mantan Presiden UMNO merangkap Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun M.

Sejarah berulang sekali lagi sebagai sebuah institusi yang berpegang pada Demokrasi, kepimpinan tertinggi hingga kepimpian akar umbi kembali memberikan sokongan terus pada YAB Ds Najib seperti mana sejarah lampau dizaman Tun M..


Ini fakta sejarah yg tidak boleh diubah atau tukar...Dikala kepimpinan utama parti diserang sebagainya sebagai sebuah institusi kita harus pertahankan kepimpinan tersebut sebagai sebuat institusi.


Jika rasa perlu apa2 perubahan, kita sebuah institusi yg ada pemilihan tiap 3-5tahun, ketika itu buatlah perubahan dengan cara matang sebagai sebuah institusi...



Kita sebuah Institusi Politik dimana kepimpinan di undi oleh perwakilan dibawah...


Jadi saya dengan perasan rendah diri selaku pimpinan muda dalam UMNO rasakan sebagai ahli parti yg bertanggungjawab, sama2 kita rapatkan saf dan barisan untuk terus berikan sokongan pada Presiden UMNO YAB Ds Najib.


Kita1Hati

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Menghormati Menghormati YAB Ds Najib Dan Tun M sebagai ayahanda dalam perjuangan.




































Saturday, April 11, 2015

KWSP Biol? Ingat Asas Penubuhan..


Nak tau PENGURUSAN KWSP ini dah biol ker? Nak cadangkan pengeluaran pada umur 60tahun ini bukan statement yg rakyat nak dengar. 

Kan lagi bagus KWSP keluarkan cadangan utk bantu mana2 pesara yg minat utk buka perniagaan selepas persaraan utk diberikan kursus dan bimbingan perniagaan selepas persaraan. 


Cadangan lain khususnya buat yg beragama islam, KWSP dengan kerjasama Tabung Haji buat package Haji Buat bakal Pesara pada umur 45-55tahun bagi pasangan bagi mengerjakan ibadah Haji sebelum bersara.

Ikutkan banyak lagi boleh dibuat bagi membantu pencarum2 KWSP.

Inilah sepatutnya salah satu inisiatif yg perlu ada. Bukannya mengeluarkan kenyataan cadangan yg hanya mendatangkan ketidak puasan hati rakyat khususnya bakal2 pesara. 


Pihak pengurusan KWSP harus ingat tujuan penubuhannya adalah utk membantu rakyat bukan menekan rakyat. Jadi pada pihak pengurusan KWSP yg duduk atas kerusi empuk pagi hingga malam harus kembali pada asas penubuhan bukan hanya nak mengejar keuntungan sehingga lupa pada asas.

Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan pada KWSP.

Susah sangat bagi saya jer duk dlm KWSP 😉

Berkata benar, walaupun pahit demi rakyat.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Bakal Pemikir KWSP hehehe








Monday, April 6, 2015

Siapa Kata UMNO Tak Demokrasi?


 Salam sahabat2 yg dihormati,

Heboh bicara hangat sekarang ini.. untuk keinsafan diri.

Dlm UMNO ada demokrasi. Lalu kita semua ada hak bersuara but with responsibility & accountability. 

Pemimpin mendengar teguran, menimbang pandangan. 


Berunding di dalam gelap
Berbincang di dalam terang
Mencapai kata muafakat
Ikhlas dan redha membawa berkat.

Orang bawahan pula ada 2 pilihan utama :

* bersuara atau diam. 
* berpihak atau berkecuali. 
* jadi air atau jadi minyak.

Tetapi tetap satu tujuan/matlamat yg sama - parti terus kukuh dan kekal berkuasa selepas PRU14 dan selama-lamanya. 

Justeru mencapai matlamat tersebut yg jelas dan sah, Janganlah sokong membawa rebah, Luka menjadi tokah dan Retak membawa belah. 



Hentikanlah berbalah, berpeganglah kepada tali Allah. 


Lantaran walau apapun perbezaan pendapat, Yg jauh boleh ditarik dekat, 
Yg dekat bertambah rapat, Yg rapat semakin erat. 

Antara tidor dan jaga kita melihat, 
Tanpa sedar semua hati telah bertaut terpikat.

Ingatlah pesan nenek moyang..
Antan sama antan berlaga ayam yang kenyang. Cat ting telinga tikus
Biar genting jangan putus.


Harapan dan doa suci kita:

Pohon bergoncang angin berhembus
Pokok semalu dicelah rumput
Air dicincang tak kan putus
Biduk lalu kiambang bertaut.

Jom kita rapatkan saf dan barisan kerana kita semua ibarat adik beradik, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula panglima2 UMNO

Aminnnn.


Nama saya Armand Azha Hj Abu Hanifah, saya ahli UMNO, saya orang UMNO, saya sayangkan UMNO.




















Sunday, April 5, 2015

Jentera Briged Kesatria Muda , Jentera Akar Umbi


Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Alhamdulillah Syukur Minggu Ini Telah Melancarkan Jentera Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Di Peringkat  Bahagian2.

Setakat Hari Ini Jentera Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sudah Di Gerakkan Di Negeri2 Di Semenanjung Mahupun  Sabah.

Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Setakat Hari Ini Sudah Turun Lebih 89 Bahagian Seluruh Negara Dan Akan Terus Ke Bahagian2 Lain Utk Gerakkan Jentera Briged Kesatria Muda.

Minggu ini bermula seawal 5pagi pada hari Sabtu pelepasan jentera Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang bagi program XPDC mendaki Gunung Nuang Bersama YB Halimaton ADUN Kota Damansara.

Selesai program di bahagian Subang , saya bersama team Briged Kesatria Muda bertolak ke Pulai Johor dan Kem Bina Negara Bukit Pulai Johor bagi menghadiri retreat pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat.

Saya hadir bagi memberikan taklimat mengenai Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO  dan merasmikan jentera Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat.

Alhamdulillah , respon yang cukup baik oleh barisan pemuda Hulu Langat dibawah kepimpinan Sdr Halim selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Selesai program di Johor, saya terpaksa balik kembali ke Kuala Lumpur kerana jemputan program oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat pada hari Ahad jam 9pagi yang akan dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin.

Saya bertolak seawal 7.30pagi drpd rumah saya bersama sahabat saya sdr Hafiz AKA Pet ke Kuala Langat.

Saya selamat sampai di check point pertama di Plaza Tol SKVE Panglima Teluk Garang utk bersama jentera konvoi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat pada jam 8.30pagi.

Konvoi menunggu ketibaan YB Khairy Jamaluddin utk bersama di Program Perlancaran Jentera Bermotor Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat.

Sementara menunggu , sahabat2 kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Selangor hadir utk berikan sokongan bermula ngan kehadiran Sdr Norazli Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang Bersama rombongan beliau, Sdr Ustaz Syuhaidi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar Bersama Rombongan Beliau dan Diikuti oleh Kehadiran Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor Sdr Zainuri tidak lupa rakan Exco Pemuda UMNO Malaysia Sdr Ibdil yg turut bersama.

Setibanya YB Khairy Jamaluddin kami Mengiringi beliau bersama jentera Bermotor ketapak program.

Bermula ngan lawatan ketapak sukan ekstrem paragliding, sukan downhill basikal dan sessi bertemu ngan pengiat2 sukan tersebut.

Kemudian YB Khairy Jamaluddin bersama saya berada ditapak perasmian Jentera Bermotor Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat yang diiringi kepimpinan Negeri Selangor, Bahagian dan Pusat.

Selesai perlancaran YB KhairyJamaluddin bersama2 jentera bermotor berkonvoi ke lokasi tapak program seterusnya.

Tapak program SRCC Kuala Langat pelbagai booth dan sukan diadakan baik bolasepak, futsal, seni pertahanan diri, pameran kereta2 modified dan sukan bina badan. Program yg berjaya dan padat ngan kerjasama pelbagai pihak.

Tahniah sekali lagi pada semua yg melaksanakan program khususnya utk memperkukuhkan institusi pemuda seluruh negara.

Sama2 kita galaskan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin muda parti utk terus kehadapan dan menghadapi cabaran survivor melayu dln negara.












Sama2 Kita Laungkan #Kita1Hati  utk kita langkah kehadapan utk terus perkukuhkan institusi kita bagi menghadapi PRU14 akan datang.