Thursday, September 6, 2012

Mana YB Nurul Izzah? Rintihan Peniaga Kecil Lembah Pantai, Dia Tak Layan!!!

Perjuangan Suara Anak Muda 1Malaysia, Terus Membela Suara Rakyat Yang Perlukan Pembelaan



Suara Anak Muda 1Msia (SAM1M) Sessi Pertemuan Ngan Peniaga2 Bangsar Niaga Di Bawah Pengurusan UDA Holding, Mendengar Rintihan Hati Peniaga Kecil Bumiputra Yg Perlukan Pembelaan Dan Suara Mereka Di Dengar.



Pihak Pengurusan Tertinggi UDA Harus Perihatin Dan Turun Padang Dan Lihat Situasi Keadaan Komplek Ini Dan Peniaga2, Nyata Komplek Ini Tidak Diurus Dengan Baik Utk Kebajikan Peniaga2 Ini.

Pengurusan UDA Harus Ingat Asal Penubuhan UDA, Jgn Lupa Kenapa UDA Di Tubuhkan...


Peniaga2 Kecil Bumiputra Bersama2 Suara Anak Muda 1Malaysia Mengadakan Sidang Akbar Di Luang Legar Komplek Bangsar Niaga.



Syukur Alhamdulilah, Selepas Sidang Akhbar Tersebut, Saya Mendapat Panggil Telefon Di Mana YB Ds Ismail Sabri Telah Memberikan Persetujuan Utk Turun Bertemu Ngan Peniaga2 Kecil Bumiputra Kompleks Niaga Utama Bangsar Pada Hari Isnin 10hb Sept 2012 3ptg,

Ni Lah Contoh Pemimpin Perihatin Pd Rakyat,Saya Mewakili SAM1M Dan Peniaga2 Kecil Bumiputra Di Kompleks Niaga Utama Bangsar Ingin Mengucapkan Terima Kasih YB Ds Ismail Sabri Menteri Perihatin.



Dimana Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah? Kenapa Tak Turun Padang Dan Bantu Rakyat? Asyik Sibuk Ceramah Bantai Kerajaan, Sehingga Rintihan Peniaga2 Kecil Dalam Kawasannya Sendiri Pun Tidak Di Endahkan.



Peniaga2 Kecil Bumiputra Ini, Memberikan Keyakinan Lebih Kepada NGO Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) Utk Membantu Mereka Daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah..

Kalau Tak Leh Nak Jaga Kebajikan Rakyat Lembah Pantai, Lain Kali Jgn Sibuk Nak Jadi Wakil Rakyat, Ini Dah Dapat Mandat Tak Buat Kerja..Adeiii..









SAM1M Akan Terus Bela Rakyat Tanpa Kira Kaum, Agama Dan Bangsa Atas Dasar Semangat Perpaduan 1Msia.

Harap PM Berikan Ganjaran Sama Pd Paralimpik : SAM1M





Info@SAM1M

Saya Mewakili Suara Anak Muda 1Msia (SAM1M) Ingin Meminta Jasa Baik Pihak YAB Ds @NajibRazak Diharap Berikan Ganjaran Atlit Paralimpik Sama Nilai Dgn Atlit Olimpik 2012, Mereka Juga Pejuang Dan Wira Negara, Saya Harap Permintaan Kami Diterima Oleh Kepimpinan Negara @shaberyc @razaliibrahim:) :D

Saya Harap Semua Sahabat2 Juga Bersetuju, Jom Support Gerakan Ini...

Armand Sayang Atlit Msia

Wednesday, September 5, 2012

Video: YB Tian Chua ( Naib Presiden PKR) Vs Armand Azha (SAM1M)



Let's Talk - Apa Terjadi Pada Malam Ambang Merdeka? 
 
Let's Talk : Setelah 55 tahun Merdeka, ternyata dari segi pemerhatianya rakyat Malaysia masih belum mencapai kata sepakat mengenai isu kenegaraan. Mengapa? Masing-masing ada tema tersendiri, masing-masing ada slogan tersendiri dan masing-masing mahu menyambut kemerdekaan cara tersendiri. Apakah yang terjadi pada malam Ambang Merdeka 2012? Ikuti kupasan bersama Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengerusi Suara Anak Muda 1 Malaysia (SAM1M), Arman Azha Abu Hanifah.

http://mobtv.my/VOD-Let's_Talk.html

Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Producer,
Malaysian Observer.TV
HP:012-3013 462
BBM Pin: 28B9B9BD
Twitter : @syreenr
DL: 03-6201 9898
Fax: 03-6201 9885
Web Link : http://www.mobtv.my
Blog : http://edisimobtv.wordpress.com/

Contract Advertising Sdn Bhd,
28-1, Jalan 25/70A,
Desa Sri Hartamas,
50480, Kuala Lumpur.

Jom Tengok Gergasi Mata Satu Vs Semut Merah Kecil.... Jom Tgk Skang:)

Kearah Transformasi Politik Baru..Suara Anak Muda 1Malaysia.Anak Muda Perlu Berani Bersuara Tapi Harus Ada Sifat Tanggungjawab Pada Martabat Dan Kemajuan Negara..

Monday, September 3, 2012

Fitnah DS Rosmah Makanan Pakatoon Nak Hidup



Pakatoon Ni Kalau 1Hari Tak Tabur Fitnah Tak Leh Hidup. Budaya Politik Ala2 Komunis Dan Nazi Ni Adalah Asam Garam Puak2 Pakatoon.

Politik Kebencian Mainan Puak2 Pakatoon Ni Sejak Mula Hingga Kini,Puak2 Pakatoon Fitnah DS Najib Dan Keluarganya Kerana Fitnah Adalah Makanan Mereka Hari2, Tak Fitnah Tak Hidup Lar Depa,Tak Sudah2..

Isu gambar membabitkan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sekumpulan pelajar Tahfiz ketika mengunjungi Rumah Terbuka Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar telah mencetuskan kontroversi.
 
Ianya berikutan tindakan sebilangan blogger politik yang cenderung menyokong Pakatan Rakyat menggunakan gambar milik KLPOS sebagai serangan peribadi seterusnya memberi gambaran serta persepsi negatif terhadap beliau.
 
Sewajarnya fakta maklumat terperinci dan sahih dilakukan pihak blogger-blogger berkenaan kerana laporan tersebut dilihat tidak menceritakan keadaan sebenar.


 
Gambar di atas merupakan situasi sebenar yang berlaku pada Majlis tersebut. Pelajar-pelajar tahfiz yang turut serta hadir di Rumah Terbuka Menteri berkenaan bersalaman dengan Isteri Perdana Menteri sebagai tanda menghormati status beliau selaku isteri Pemimpin Negara.

Oleh itu, adalah kurang tepat jika persepsi awal dikeluarkan dari mana-mana pihak tanpa sebarang rujukan dan fakta sebenar apatah lagi menggunakan sumber gambar dari pihak yang tidak berkaitan.
 
Puak2 Pakatoon, Masih Tidak Meminta Maaf Isu Anak Ds Najib Yg Dikatakan Berbelanja Rm150,000 Di Australia Walaupun Dah Kantoi, Isu Cincin Yg Terang2 Palsu, Isu Submarine Yg Jelas Hanya Provokasi Politik Dan Isu Altantuya Yang Dah Terang2 Hanya Mainan Politik Kebencian Ciptaan DEWA Mereka Anwar..



Cukup2 Lar Tabur Fitnah...PRU13 Puak2 PAKATOON Akan Di Hukum Oleh Rakyat..

Sang Saka Bangsa Senantiasa Wujud



Salam Sahabat2 Yang Dihormati,

Heboh Kemerdekaan Yg Ke 55Tahun Malaysia Dan Telah Mengejutkan Seluruh Negara Dimana Pihak Pakatoon Cuba Mengenalkan Bendera Yang Akan Digunakan Jika Pakatoon, Menjadi Kerajaan. Kemudian Baru Mereka Sedar Perbuatan Mereka Telah Mengundangkan Kemarahan Rakyat Malaysia. Pengakuan Pihak Yamg Bertanggungjawab Itu Menunjukkan Mereka Tidak Menghormati Sistem Demokrasi Dan Pemahaman Sejarah Negara.

Dan Selepas Sedar Kemarahan Rakyat Baru Lah Pemimpin2 Pakatoon Mengecam Perbuatan Tersebut, Jadi Jika Mereka Benar2 Ikhlas Dalam Isu Ini, Saya Desak Pihak Pakatoon Membuat Laporan Polis Serta Desak Pihak KDN Utk Mengambil Tindakan Terhadap Ketua AMK Malaysia Atas Perbuatan Sdr Najwan Dan Pihak Penganjur "Janji Demokrasi" Kerana Menghina Negara Malaysia Ada BRAN Tak?



Utk Maklumat, Sang Saka Bangsa Tidak Pernah Dilupakan Dan Senantiasa Wujud Dlm Negara Kita. Ianya Adalah Bendera UMNO, Gerakan Mereka Sendiri Telah Membuktikan UMNO Adalah Sebenarnya Parti RAKYAT, Parti Yang Mendapatkan Kemerdekaan Negara Tercinta Kita.

Bendera UMNO : ‘Sang Saka Bangsa’



Bendera UMNO mengandungi empat warna, iaitu merah, putih, kuning dan hijau.

-Merah bererti Keberanian.

-Putih bermakna Kesucian dan Keikhlasan.

-Kuning bagi bulatan di tengah ialah lambang raja.

-Hijau warna keris di tengah adalah lambang agama Islam dan juga melambangkan tamadun Melayu.


Pengertian ‘Sang Saka Bangsa’

Sang Saka Bangsa merupakan nama baru yang diberi kepada bendera UMNO. Namanya secara rasminya telah diiktiraf pada Perhimpunan Agung UMNO 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sang adalah gelaran yang bersopan, dipakai pada orang-orang zaman dahulu kala. Gelaran ini menunjukkan kesopanan dan tingginya budaya orang Melayu.

Saka pula ialah peninggalan sesuatu keturunan Melayu yang berkaitan dengan rohaniah atau semangat sebagai kewibawaan keturunan tersebut.
Bangsa membawa maksud ‘Orang Melayu’ yang menjadi bangsa yang berdaulat dan bangsa yang diperjuangkan hak dan maruahnya oleh UMNO.

UMNO PARTI RAKYAT SEBENAR DULU, KINI DAN SELAMANYA

Saturday, September 1, 2012

PAKATOON INI CARTOON MERDEKA 55





Salam Sahabat2 Warganegara Malaysia Yang Dihormati,

Sudah 55Tahun Negara Kita Merdeka Oleh Penjajah, Tetapi Merdeka Yg Ke55 Ini Dapat Kita Melihat Perpecahan Perpaduan Diantara Anak2 Malaysia Hasil Daripada Dididkan Rejim PAKATOON.



Lihat Sahaja Puak2 PAKATOON Menghina Jalur Gemilang Pada Malam Ambang Kemerdekaan, Dataran Merdeka Di Cemari Ngan Puak2 PAKATOON Ynag Mencemar Dgn Perbuatan2 Yang Tidak Patriotik.Tapi Perbuatan Mereka Juga Telah Membuat Majoriti Rakyat Negara Kita Yang Cintakan Perpaduan Dan Keamanan Jelak Dan Meluat Lihat Cara Permainan Politik Kebencian Ciptaan Mereka.



Hasilnya Pada Malam 31hb Ogos Di Stadium Bukit Jail Kita Boleh Lihat Ratusan Ribu Warga Malaysia Yang Cintakan Keamanan Berhimpun Menunjukkan Tanda Sokongan Pada Pihak Kerajaan Yang Bertanggungjawab, Malah Pihak Kerajaan Telah Membuat Satu Acara Yang Diluar Kotak Bagi Rakyat Malaysia Yang Tidak Dapat Bersama2 Di Bukit Jalil Melalui TWEETUP MERDEKA55.

Dimana Ianya Berjaya Memdapat 3,611,323 Tweet Bagi Merdeka55 Ini Menunjukkan Kejayaan Dan Sokongan Majoriti Rakyat Malaysia Pada Kerajaan Yg Membawa Keamanan, Perpaduan Dan Janji Di Tepati.

Atas Dasar Kejayaan Ini Pihak PAKATOON AKA CARTOON Rasa Terancam Dan Goyang, Maka Puak2 Anti Kerajaan Ini Telah Buat Satu Provokasi Murahan Utk Di Buat Sebagai Modal Berceramah, Iaitu Menyerang Bas Mereka Sendiri Dgn Baling Cat Merah Lalu Terus Menuduh Cam Biasa Lar Pada UMNO Dan BN.





Mereka Mengunakan Msiakini dan Beberapa Blog Milik Mrk Utk Terus Menanamkan Kebencian Ala2 Nazi Pd Rakyat. Ni Lah Dikatakan Cerita Cartoon Puak Rejim PAKATOON..

Provokasi Murahan Ala PAKATONN Nak Raih Simpati.. Alahai..

#OpsRaihSimpatiNuar by accusing BN, whereby created by PR @malaysiakini: Let the bus be symbol of BN violence: http://bit.ly/T7Nfjr

Saya Jawab Pd @malaysiakini Let The Bus Be Part Of Pakatan Cheap Provocation : Armand Suara Anak Muda 1Msia #OpsRaihSimpatiNuar





Diantara makhluk PAKATOON Perosak Yang Buat Propaganda "MENUKAR BENDERA JALUR GEMILANG"

http:// www.facebook.com/­pakandakhadi (seorang blogger)

http://­www.facebook.com/ najwan (Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia)

Malah Puak2 PAKATOON SAMM Dibawah Chegubard Secara Terang2 Lagi Sokong Propaganda Ni Tak Lupa Pada Ishamuddin Rais Yg Sejak Dahulu Kita Tahu Beliau Ni Anti Goverment Dan Perosak Minda Anak Muda...



Lagi Rejim PAKATOON Kata Tiada Kaitan Dengan Gerakan Bodoh Ini....

Wayang Cartoon Puak Rejim Pakatoon Ni Hanyalah Sebagai Modal Ceramah Mereka Utk Terus Memfitnah BN Kerana Mrk Tau Sokongan Rakyat Yg Perihatin Dan Patriotik Majoriti Telah Bersama2 BN Terutama Anak2 Muda.

Jom Sama2 Tolak Puak2 Rejim PAKATOOON Ni Kerana Mereka Ibarat Cerita CARTOON Lapuk..

Armand Tolak PAKATOON

Sunday, August 26, 2012

Jeng2,Pemuda Umno Di IPT Sempoy "BNYV"





Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan BN.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.



"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di Rembau hari ini.

Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.



Katanya, selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.

"Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka," katanya.




Katanya, walaupun sokongan mahasiswa dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan memastikan mereka terus menyokong BN.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui lebih kanjut mengenai BNYV ataupun berminat untuk menjadi sebahagian daripada team BNYV bolehlah menghubungi facebook www.facebook.com/bnyv2012, Twitter @BNYV2012 atau emailkan sebarang pertanyaan ke bnyv.workshop@gmail.com


TAKE A CHARGE MAKE A DIFFERENCE

Armand PemudaBN

Thursday, August 23, 2012

Seksyen 114A, Tak Perlu Tarik : Ds Nazri Aziz



Kuala Kangsar: Tiada keperluan menarik balik pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 bagi menjamin keselamatan negara serta rakyat daripada keganasan dan perbuatan tidak bertanggungjawab.
Pindaan itu yang diluluskan di Parlimen April lalu juga bertujuan menjadikan orang ramai lebih bertanggungjawab terhadap tingkah laku termasuk tulisan dan perbuatan di alam siber.

Mangsa undang-undang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata tuduhan kononnya pindaan itu akan mengakibatkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa undang-undang adalah tidak berasas kerana tanggungjawab beban pembuktian masih terletak di bahu pihak pendakwaan, bukannya tertuduh yang perlu membuktikan mereka tidak bersalah seperti digembar-gemburkan.



Malah, katanya, akta itu sebenarnya tidak boleh digunakan untuk membuka sesuatu kertas siasatan atau melakukan pertuduhan terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan, sebaliknya hanya satu prosedur untuk mensabitkan kesalahan mengikut undang-undang di negara ini.
"Jika kita percaya dengan pemahaman pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menentang pindaan ini, sudah tentu ramai blogger sudah didakwa sekarang sedangkan akta ini tidak boleh digunakan untuk pendakwaan, lagipun bukan semudah itu untuk mendakwa seseorang di mahkamah," katanya pada sidang media di kediamannya di sini semalam.

Dapat bantahan

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi entri Twitter meminta Kabinet membincangkan mengenai seksyen berkenaan yang mendapat bantahan warga internet dan pemimpin parti pembangkang.
Nazri berkata, pindaan Akta Keterangan itu dibuat untuk melengkapkan pindaan terhadap Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) yang sudah dibentang dan dibahaskan sebelum itu.

Tahniah YB Dato Seri Nazri Aziz Atas Ketegasan Dalam Menangani Dan Menjawab Apa Jua Isu... All The Best

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya AdilFitri, Maaf Zahir Dan Batin : Armand Azha




Salam Aidil Fitri Para Sahabat Yg Dihormati, Mulai Dari Hari Ini Warga Kota Sudah Mula Meninggalkan Kota Raya Menuju ke Kampung Halaman. Saya Mendoakan Semoga Selamat Sampai Ke Kampung Halaman Dan Berhati-hati Ketika Memandu Di Jalan Raya Supaya Mengikuti Arahan Pihak Polis Demi Kebaikan Bersama Ingatlah Org2 Tersayang



Pastikan Pintu Rumah Dikunci Dengan Baik !! Beritahu Jiran Yang Tak Balik Ke Kampung Untuk Tengok-tengokkan Rumah Kita Atau Beritahu Balai Polis Berdekatan !!



Kita Berdoa Supaya Dipanjangkan Umur Agar Dapat Bertemu Kembali Bulan Ramadan 2013 Hadapan. Setelah Kita Bersahur 1Bulan, Skang Kita Berpuasa DiHari Terakhir Ramadan 2012.Semoga Kita Mendapat Barakah & Rahmat Serta Amalan Kita Diberkatinya,Insyallah


Saya Mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia Juga Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Rakan2 Dan Sahabat2 Yang Telah Menyumbangkan Tenaga Serta Tidak Lupa Pada Yg Telah Sudi Memberikan Sumbangan Bagi Program2 Kebajikan Dan Kemasyarakatan Suara Anak Muda 1Malaysia Sepanjang Bulan Ramadan Seperti Kelab Putera 1Malaysia Di Bawah Dato Azeez Rahim Dan PEKEMA Malaysia (Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) Di Bawah Dato Zainuddin Yang Tidak Jemu2 Membantu Program2 "Anak Muda Prihatin" Oleh Suara Anak Muda 1Malaysia Sepanjang Bulan Ramadan, Hanya Allah SWT Sahaja Yang Dapat Membalas Jasa Mereka Semua, Insyallah.



Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Dengan Rendah Diri Ingin Menyusun Sepuluh Jari Memohon Halalkan Segala Makan Minum ,Tersalah Kata, Ternakal, Terkomen, Terkritik, Tertulis, Termarah, Tergossip.... Segalanya.

Saya Juga Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya AdilFitri, Maaf Zahir Dan Batin Pada Seluruh Umat Islam Yang Menyambutnya.

O-O Ok Salam Sahabat Semua :)

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah Sekeluarga
Pengasas
Suara Anak Muda 1Malaysia

Tuesday, August 14, 2012

"Pemuda PJ Utara, Pemuda Prihatin"



Info@PemudaPJU

DiJemput Bersama2 Ke Program " "MERDEKA RAYA" Penyerahan Sumbangan Pek Raya Dan Jalur Gemilang Oleh Pemimpin2 BN PJ Utara Pada 15hb Ogos 12Tghari Di Plaza Tol B SPRINT Damansara (Hadapan Eastin Hotel PJ) Anjuran Pemuda Dan Puteri DUN Damansara Utama..



Dan Dikuti Oleh

Program "JOM BALIK KAMPUNG'" Pemuda Janji diTepati - Pemberian Topi Keledar Kelab Putera 1Msia Dan Minyak Hitam Motor.Percuma Pada 10mlm 15hb Ogos Rabu Di Pejabat Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara, Anjuran Pemuda DUN Kg Tunku Dan DUN Damansara Utama.






*Pemuda PJ Utara Pemangkin Perubahan...

*Kehadiran Para Media, Bloggers Dan Rakan2 Sukarelawan BN Amatlah Dihargai Oleh Pihak Kami..











Armand Azha
Ketua Penerangan Bahagian
Pemuda PJ Utara

Monday, August 13, 2012

Dato Azeez Pemimpin Yg Konsisten Dlm Misi Bantuan Kemanusiaan


Salam sahabat2 yang dihormati,

Tertarik saya pada 1Pemimpin Yang begitu konsisten dalam memperjuangkan misi sukarelawan bantuan manusia. Saya rasa ramai yang bersetuju jika saya nyata beliau adalah pemimpin AKAR UMBI YG TURUN PADANG.



Saya mengikuti cara pemimpin ini sejak beliau memegang jawatan exco pemuda Umno Malaysia hingga kini, bole dikatakan tiap kali bila ada sahaja bencana yang melanda baik dalam negara mahupun luar negara, beliau lah selalunya yang akan kehadapan.

Pemimpin yang saya nyatakan diatas adalah Dato Azeez Rahim yg namanya senomin ngan Kelab Putera 1Malaysia. Boleh dikatakan beliau seorang yang WALK THE TALK, apa yang beliau kata nak buat beliau akan buat..



Dato Azeez Rahim antara pemimpin UMNO yang istiqamah dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat di dalam mahupun luar negara..

Diantara tahun 2008 hingga 2012, gerakan beliau begitu konsisten dan bukan hanya bermula ekoran demam pilihanraya yang melanda sebagaimana banyak orang² lain yang nampak plastik, buat kerja last call semata2 kerana nak hadapi Pilihanraya..

Selepas beberapa tahun berusaha tanpa jemu, saya dengar² dari geng Baling bahawa arus desakan dibawah memperlihatkan he's now the only winnable candidate untuk BN di Parlimen Baling..Jika perkara ini benar saya nak ucapkan.

TAHNIAH Dt Azeez..!!!

Dan kini dikala bulan ramadan kita dinegara hidup dengan aman dan damai,di negara jiran kita iaitu Myammar dikatakan pihak yang tidak bertanggungjawab sedang membunuh dan menyeksa sahabat2 muslim Rohingya kita disana.



Sekali lagi Kelab Putra 1Malaysia telah menyatakan akan menghantarkan misi bantuan sukarelawan kesana, saya secara peribadi telah menyatakan hasrat saya utk menjadi sebahagian drpd pasukan kesana, kerana rasakan ianya sebahagian daripada amanah dan tanggungjawab saya sebagai umat islam utk menyalurkan bantuan pada sahabat2 seagama kita disana..

Saturday, August 11, 2012

Team Sukarelawan SAM1M Dan YCare Malaysia Di Bangi





Salam , Syukur Alhamdulilah Suara Anak Muda 1Msia Bersama YCare 1Malaysia. YCare MBM bersama Syarikat Kenshido Prihatin mengadakan Projek YCare Bakti Kasih Keluarga Ali. Sebuah keluarga miskin mempunyai 7 anak yg memerlukn bantuan bagi membaiki rumahnya yg berkeadaan teruk. Kebocoran bumbung, tiada tempat tidur anak2, tandas rosak, tingkap rosak dan pelbagai lagi.



Oleh itu, YCare mengambil inisiatif utk mengadakan gotong royong bg membersihkan serta membaiki segala kerosakan agar mereka sekeluarga mempunyai tempat berlindung yg selesa sesuai dgn menjelangnya Aidil Fitri.



YCare bersama2 sahabat2 sukarelawan semua utk turut serta terlibat dan membantu bergotong royong di rumah Keluarga Ali demi kehidupan yg lebih baik spt berikut:

Tarikh. : 12hb Ogos 2012 (ahad)
Waktu. : 9:00 pagi hingga 8:00 malam
Alamat. : No. 4 Jalan 1/5 Seksyen 1
Bandar Baru Bangi



Insyallah YCare Malaysia Akan Terus Bergerak Membantu Pada Yg Memerlukan Tak Kira Bulan Ramadan Atau Syawal, Tetapi Ianya Akan Memjadi Program Yg Berterusan Insyallah.

Sila hubungi Kami Utk Memberikan Sumbangan, Jom Bantu!!! Terima Kasih