Sunday, September 15, 2013

#Armand4Exco Jelajah Negeri Kelantan

Alhamdulilah Syukur Selesai Sessi Jelajah #Armand4Exco Di Negeri Kelantan.

Saya Dengan Perasaan Rendah Diri Merayu Dan Menawarkan Khidmat Serta Hasrat Bagi Mengisi Kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia Di Pemilihan UMNO 2013 Kepada Seluruh 14Bahagian Pemuda Umno Seluruh Negeri Kelantan.

Terima Kasih Atas Segala Respon Yang Baik Dan Positif Sahabat2 Pemuda Umno Negeri Kelantan #Armand4Exco #Pemilihan2013

Saturday, September 14, 2013

Tahniah Ds Najib Angkat 7 Wasiat Raja2 Melayu

SHAH ALAM 14 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak melakar satu anjakan besar dalam agenda membela serta meningkatkan taraf kehidupan kaum bumiputera apabila beliau melancarkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang merangkumi lima fokus utama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Sambil merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu dan bumiputera yang memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Perdana Menteri mengingatkan bahawa usaha tersebut merupakan agenda nasional yang sangat mustahak untuk difahami dengan baik oleh semua pihak.

Ini kerana ujarnya, jika kaum majoriti bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan serta kestabilan apatah lagi untuk mencapai impian negara maju yang sejahtera pada tahun 2020.

"Melayu dan bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa (inisiatif) bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Melayu serta bumiputera adalah tidak adil dan saksama."

"Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan bumiputera bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama hasil pembangunan ekonomi negara," katanya dalam ucapan pelancaran agenda itu di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-Menteri Kabinet dan Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Perdana Menteri turut memetik Tujuh Wasiat oleh sembilan raja-raja Melayu semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

Wasiat tersebut adalah seperti berikut;"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain".

Kata Najib, wasiat tersebut sangat terang lagi bersuluh yang menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan terbentuknya Malaysia 50 tahun lalu.

"Secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham tentang pemerkasaan ekonomi bumiputera ini," ujar beliau.

Tegas Perdana Menteri, sesungguhnya inisiatif dan haluan besar itu dilakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa.

Sementara itu beliau berkata lima fokus yang terkandung di dalam Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ialah

1) Mendaya modal insan bumiputera

2) Memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat

3) Memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera

4) Memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera

5) Memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan

Dalam ucapannya beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

"Majlis ini akan dipengerusikan oleh saya sendiri dan Timbalan Pengerusinya adalah Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan."

"Keahliannya bersifat kompak di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang relevan akan diundang. Majlis yang penting ini akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih daripada itu," katanya.

Perdana Menteri pada akhir ucapannya meminta orang Melayu dan bumiputera tidak perlu bimbang dan gundah-gulana kerana katanya selagi ada bulan dan bintang, selagi hayat dikandung badan survival Melayu dan bumiputera akan tetap menjadi keutamaan serta pelita perjuangan sampai bila-bila.

"Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai," ujarnya lagi.

Artikel© Utusan Melayu (M) Bhd 

Fokus Pemerkasaan Pertama :

MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran
Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.

Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.

Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.

Fokus Pemerkasaan Kedua :

MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.

Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Fokus Pemerkasaan Ketiga :

MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.

Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.

Fokus Pemerkasaan Keempat:

MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.

Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.
Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.

Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM) Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.

Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.

Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih
Memperluaskan dasar carve out.

Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus Pemerkasaan Kelima:

MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.

Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.
Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.

Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion. Membestarikan TERAJU Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU
Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera

TAHNIAH PADA BARISAN KEPIMPINAN NEGARA DI BAWAH YAB DS NAJIB.

Thursday, September 12, 2013

"Tolak Warlord Atau Demang Politik"

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar senada dengan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan perwakilan parti menolak pemimpin “warlords” atau “demang politik” pada pemilihan Umno Oktober depan. 

Beliau berkata jawatankuasa pemilihan Umno akan menyaring golongan ini sekaligus memastikan pemilihan kali ini diadakan secara telus. "Warlords" atau "demang politik" adalah mereka yang membolot wang dan kuasa serta memainkan peranan menentukan kalah menang seseorang calon yang bertanding. 

"Saya sokong apa yang Datuk Seri Zahid cakap. "Matlamat kita mengadakan jawatankuasa pemilihan adalah untuk menghapuskan semua sekali politik wang.

Oleh demikian ini satu cara yang boleh dibuat dan kita berharap ahli Umno seluruh negara terutama sekali perwakilan-perwakilan di peringkat bahagian nanti mengikuti dan menyokong proses transformasi dalam Umno. 

"Inilah matlamat sebenar perubahan dalam perlembagaan kita dan jawatankuasa pemilihan," kata beliau pada sidang akhbarnya di bangunan Umno Selangor, petang tadi. 

Antarapos semalam melaporkan Zahid sebagai berkata masalah demang dalam Umno telah lama menjadi duri dalam daging. Zahid berkata golongan ini hanya mampu disisihkan jika kesemua perwakilan memilih pemimpin dengan telus dan bukannya memenangkan mana-mana calon setelah 'dibayar' oleh demang politik. 

Abu Hassan ketika ditanya pemberita adakah budaya politik wang serta demang politik ini telah lama menular dalam Umno, ini jawapan bekas menteri besar Selangor itu. 

"Sebelum ini, mungkinlah. Sebab itu kita buat cara baru untuk ubah," katanya. 

Mulai tahun ini, Umno melaksanakan sistem pemilihan baru yang memberikan kuasa secara langsung kepada hampir 150,000 perwakilan akar umbi untuk memilih anggota Majlis Tertinggi.  

Barisan kepimpinan Umno sebelum ini ditentukan oleh kira-kira 2,500 perwakilan sahaja yang dilihat menjadi sasaran mudah untuk sesiapa menggunakan wang bagi memenangi jawatan.

Wednesday, September 11, 2013

#Armand4Exco Rela Jadi Lilin Utk Terangkan Orang

Updated@Pemuda13

Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati. Ada Tanya Apa Pandangan Awak Nak Jadi Pemimpin.

Saya Kata Nak Jadi Pemimpin Selain Prinsip Pisang Harus Ada Prinsip Lilin..

Sebagai Pemimpin Jadilah Sikap Lilin Yang Rela Membakar Diri Bagi Menerangi Orang Lain Dan Bukan Menbakar Orang Lain Utk Menerangi Diri..Bagi Mereka Yg Berkata Demikian Akan Yakin Pada "Kun Fayakun" Dimana Kuasa Kemenangan Adalah Dgn Keizinan Allah SWT Selain Usaha Kita Bukan Pada Wang , Harta Dan Pangkat.

#Armand4Exco
Saya Rela Menjadi Lilin Yg Membakar Diri Bagi Menerangi Orang Lain.

#Armand4Exco Umum Tanding Exco Pemuda

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati.

KUALA LUMPUR 11hb : Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Sdr Armand Azha Hj Abu Hanifah mengumumkan bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan parti itu bulan hadapan.

Menurut beliau, keputusan dibuat selepas mendapat maklum balas positif daripada akar umbi dan kepimpinan pemuda seluruh negeri di seluruh negara selain merupakan hasratnya sendiri sejak menjadi ahli UMNO pada 7hb Januari 1995.

"Saya datang daripada keluarga UMNO, bermula daripada datuk, bapa sehinggalah kepada saya. Apa yanf saya letakkan dalam diri saya ketika terlibat dalam politik adalah semangat keikhlasan dan senantiasa ingin berikan yang terbaik kepada rakyat dan negara" katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.

Dengan keputusan itu, Armand Azha Hj Abu Hanifah akan mencabar 15 calon lain termasuk Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Maliki Mohamed Rafiee, Presiden SENIMAN Rozaidi Abdul Jamil Dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Himpunan Ulamak Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut beliau,  keyakinannya bertanding dikuatkan dengan prinsip demi menegakkan keadilan serta membantu golongan yang memerlukan.

TERIMA KASIH UTUSAN MALAYSIA AQILAH.

Monday, September 9, 2013

#Armand4Exco Jelajah Pahang

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia. .

Syukur Alhamdulilah Kehadrat Allah SWT Yang Mempermudahkan Segala Urusan Dalam Jelajah #Armand4Exco Bagi Pemilihan UMNO 2013.

Saya Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Pemuda Umno Pahang Yang Sudi Menganjurkan Sessi Pengenalan Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Saya Bersyukur Kerana Ruang Demokrasi UMNO Makin Luas Untuk Kita Menawarkan Diri.  Kehadiran Ketua2 Pemuda Umno Bahagian Pahang Yang Di Ketuai Oleh YBhg Dato Abu Jimi Selaku Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Amatlah Saya Hargai Kerana di Berikan Ruang Dan Peluang Bagi Nyatakan Hasrat Di Hati. Tak lupa Juga Pada YBhg Dato Hamid Pemimpin Yang Saya Cukup Hormati Yang Sudi Bersama2 Dalam Sessi Pengenalan Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Saya Dengan Rasa Penuh Keinsafan Dan Rendah Diri Sekali Lagi Menyatakan Hasrat Pada Pemuda Pahang Untuk Menawarkan Diri Dan Khidmat Saya Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Di Pemilihan UMNO 2013.

Alhamdulilah Syukur Mendapat Respon Yang Positif Daripada Para Ketua2 Pemuda Umno Bahagian Negeri Pahang Dan Perwakilan Pemuda Pahang.

SEMOGA ALLAH SWT BERKATI DAN PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. KITA GENERASI PEWARIS PERJUANGAN ALIF , BAA, TAA..

#Armand4Exco Jelajah Pahang

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia. .

Syukur Alhamdulilah Kehadrat Allah SWT Yang Mempermudahkan Segala Urusan Dalam Jelajah #Armand4Exco Bagi Pemilihan UMNO 2013.

Saya Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Pemuda Umno Pahang Yang Sudi Menganjurkan Sessi Pengenalan Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Saya Bersyukur Kerana Ruang Demokrasi UMNO Makin Luas Untuk Kita Menawarkan Diri.  Kehadiran Ketua2 Pemuda Umno Bahagian Pahang Yang Di Ketuai Oleh YBhg Dato Abu Jimi Selaku Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Amatlah Saya Hargai Kerana di Berikan Ruang Dan Peluang Bagi Nyatakan Hasrat Di Hati. Tak lupa Juga Pada YBhg Dato Hamid Pemimpin Yang Saya Cukup Hormati Yang Sudi Bersama2 Dalam Sessi Pengenalan Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Saya Dengan Rasa Penuh Keinsafan Dan Rendah Diri Sekali Lagi Menyatakan Hasrat Pada Pemuda Pahang Untuk Menawarkan Diri Dan Khidmat Saya Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Di Pemilihan UMNO 2013.

Alhamdulilah Syukur Mendapat Respon Yang Positif Daripada Para Ketua2 Pemuda Umno Bahagian Negeri Pahang Dan Perwakilan Pemuda Pahang.

SEMOGA ALLAH SWT BERKATI DAN PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. KITA GENERASI PEWARIS PERJUANGAN ALIF , BAA, TAA..

#Armand4Exco Jelajah Pahang

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia. .

Syukur Alhamdulilah Kehadrat Allah SWT Yang Mempermudahkan Segala Urusan Dalam Jelajah #Armand4Exco Bagi Pemilihan UMNO 2013.

Saya Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Pemuda Umno Pahang Yang Sudi Menganjurkan Sessi Pengenalan Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Saya Bersyukur Kerana Ruang Demokrasi UMNO Makin Luas Untuk Kita Menawarkan Diri.  Kehadiran Ketua2 Pemuda Umno Bahagian Pahang Yang Di Ketuai Oleh YBhg Dato Abu Jimi Selaku Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Amatlah Saya Hargai Kerana di Berikan Ruang Dan Peluang Bagi Nyatakan Hasrat Di Hati. Tak lupa Juga Pada YBhg Dato Hamid Pemimpin Yang Saya Cukup Hormati Yang Sudi Bersama2 Dalam Sessi Pengenalan Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Saya Dengan Rasa Penuh Keinsafan Dan Rendah Diri Sekali Lagi Menyatakan Hasrat Pada Pemuda Pahang Untuk Menawarkan Diri Dan Khidmat Saya Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Di Pemilihan UMNO 2013.

Alhamdulilah Syukur Mendapat Respon Yang Positif Daripada Para Ketua2 Pemuda Umno Bahagian Negeri Pahang Dan Perwakilan Pemuda Pahang.

SEMOGA ALLAH SWT BERKATI DAN PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. KITA GENERASI PEWARIS PERJUANGAN ALIF , BAA, TAA..

#Armand4Exco Jelajah Johor Darul Takzim


Assalamualaikum sahabat2 yang dihormati.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor yang sudi menganjurkan sessi pengenalan Calon2 Pemuda Yang Bertanding Di Pemilihan UMNO 2013.



Hanya Allah SWT sahaja yang dapat balas jasa Pemuda Johor yang sudi menberikan ruang dan peluang bagi kami menberikan pengenalan diri kami kepada para perwakilan Pemuda Johor bagi calon2 pemuda dalam pemilihan kali ini.



Sessi pengenalan calon dibuat di Senai Johor yang dihadiri oleh Calon Majlis Tertinggi UMNO Yang Dihadiri Oleh Sdr Tun Faisal Dan Dato Sohaimi Shahadan Tidak Lupa Juga Pesanan Pemuda Johor Calon Rasmi Majlis Tinggi UMNO Johor Yang Mewakili Pemuda Johor Lain dan Tak lain Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Dato Razali Ibrahim.

Calon2 Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Yang Dihadiri Oleh Sdr Azwan Bro ( Terima kasih atas kesudian memberikan kami bersama dlm Majlis semalam) Dan Sdr Jamawi Jaafar Yang Hadir Daripada Sabah.


Di antara Calon2 Exco Yang Hadir Adalah Sdr Ustaz Shahrin, Sdr Nazir Hussien, Sdr Onn Hafiz, Sdr Firdaus, Sdr Amizan , Sdr Aizley, Dato Hazali, Ustaz Azmi , Sdr Faisal (Tom) , Datuk Mukhriz Fuad,  Sdr Mohd Nor Dan Rakan2 lain.

Syukur alhamdulilah mendapat respon yang baik dan positif daripada rakan2 Pemuda UMNO Johor selepas saya nyatakan hasrat menawarkan khidmat dan diri saya sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia.. 


 



Tahniah sekali lagi Pemuda Johor yang menganjurkan sessi pengenalan calon dalam suasana yang meriah dan dalam semangat kekeluargaan serta menguatkan perpaduan antara satu sama lain. Kita Generasi Pewaris Perjuangan.



Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah sekali lagi dengan rasa rendah diri memohon sokongan daripada rakan2 pemuda seluruh negara bagi memberikan peluang dan ruang bagi saya sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Friday, September 6, 2013

Jelajah #Armand4Exco Di Negeri Di Bawah Bayu Sabah.

Assalamualaikum Sahabat Yg Di Hormati,

Saya Ingin Mengucapkan Terima Kasih Atas Salam Perkenalan Sahabat Setiakawan Sabah.

Ucapan Terima Kasih Pada Sahabat Saya Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr Jamawi Jaafar Yang Anjurkan Sessi Pengenalan Calon2 Exco Pemuda Umno Malaysia Yang Di Hadiri Oleh Ketua2 Pemuda Umno Bahagian,  Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Dan Para Perwakilan Pemuda Umno Negeri Sabah.

Alhamdulilah Mendapat Respon Yang Positif Daripada Para Perwakilan Sabah Setelah Saya Nyatakan Hasrat Bagi Mengisi Kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Semoga Bulan Ini Menyemarakkan Lagi Semangat Perjuangan UMNO Utk Agama, Bangsa Dan Negara.

Saya  Dengan Rendah Diri Ingin Menawarkan Khidmat Dan Diri Sebagai Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Di Pemilihan UMNO 2013 #Pemuda13.

Klik YouTube - http://bit.ly/18kSL9k

Salah Satu Kenangan Terindah Adalah Berbuka Puasa Di Tepi Bus Stop Ketika Dalam Perjalanan Ke Kota Belud Bersama Rakan2 Pemuda Umno Sdr Eizwan, Sdr Adam , Sdr Richard , Sdr Mukhriz Dan Sahabat Beliau.

Saya Merayu Mohon Sokongan Dan Bantuan Sahabat2 Semua.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Calon Exco Pemuda UMNO Malaysia Pergerakan Pemuda Petaling Jaya Utara
Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional Malaysia.

#TeamPisang Kini Di Sabah
(BB Pin:2700149D)

Sunday, September 1, 2013

Syukur Alhamdulilah Masih Kekal Ketua Cawangan UMNO

Alhamdulilah Syukur, Selesai Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Pusat Bandar Damansara Jaya. 

Pemilihan Cawangan Di Hadiri Oleh Ahli2 Cawangan Dengan Penuh Meriah Dan Berlangsung Dalam Suasana Aman Dan Damai Tanpa Ada Kejadian Yang Tidak Di Ingini.

Ucapan Terima Kasih Pada Yang Sudi Hadir Ke Persidangan Cawangan Saya Dato Ketua Bahagian PJ UTARA YBhg Dato Ikhwan Salim,  YB Senator Dato Raja Roopiah Ketua Wanita Bahagian PJ UTARA, Sdr Shaikh Harun Setiausaha Bahagian PJ UTARA, Kekanda2 AJK Bahagian, Wanita, Pemuda Dan Puteri Serta Rakan2 Pemerhati Daripada Semua Sahabat Di PJ Utara.

Atas Dasar Menyahut Transformasi Demokrasi Dalam Pemilihan UMNO, Ruang Di Berikan Pada Mana2 Ahli Cawangan Yang Ingin Menawarkan Khidmat Mereka.

Alhamdulillah Sekali Lagi Di Berikan Mandat Utk Menjadi Ketua Cawangan Pusat Bandar Damansara Jaya Utk Terus Kekal Memimpin Cawangan Bagi 2013/2016 Terima Kasih Atas Kepercayaan Dan Amanah Yang Di Berikan Oleh  Ahli Cawangan Saya Bagi Saya Galaskan Demi Perjuangan Alif, Baa, Taa.

Barisan Kepimpinan Baru Cawangan UMNO Pusat Bandar Damansara Jaya Bahagian Petaling Jaya Utara.

Pengerusi Tetap :
Rizwan Rizal Effandy

T.Pengerusi :
Md Aidil Ghadafi Bin Jamaluddin

Ketua Cawangan :
Armand Azha Hj Abu Hanifah

Timbalan Ketua Cawangan
Robby Chandra Bin Salman

Ketua Pemuda:
Nazzif Bin Abu Bakar

Setiausaha :
Mohd Ruzaini Bin Ramli

Bendahari :
Mohd Farid Bin Zainal Abidin

Ketua Penerangan :
Ezwan Shah Bin Kahar